Utusan Borneo (Sarawak)

Kes bunuh wanita warga emas selesai

Dua lagi suspek ditahan di sebuah rumah panjang di Pulau Kerto, Sibu, kelmarin

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Kes bunuh seorang wanita warga emas di rumahnya Rabu lalu dianggap selesai selepas polis berjaya menahan dua orang lagi suspek kes itu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata kedua-dua suspek ditahan di sebuah rumah panjang di Pulau Kerto di sini petang kelmarin.

Beliau berkata, penahanan dua suspek itu menjadikan jumlah tangkapan berhubung kejadian itu seramai lapan orang.

“Daripada jumlah itu hanya tiga ditahan lanjut bagi membantu siasatan kes.

“Seorang direman seminggu dan dua orang masih berada di mahkamah (menunggu perintah reman),” katanya di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Su- perintende­n Martin Koo dan Ketua Badan Siasatan Jenayah Daerah Sibu DSP Benedict Faris Jimoy.

Menurut Stanley, pihaknya juga berjaya menemui dan merampas semula barangan dipercayai dicuri daripada mangsa.

Katanya laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas susulan tulang rusuknya patah dipercayai berpunca daripada pergelutan dengan suspek.

Pada Rabu lalu, sekitar jam 7.10 malam mangsa dikenali Ting Poh Sing, 58, ditemui dalam keadaan terbaring dengan tangan dan kakinya diikat dalam bilik tengah dekat dapur oleh kakaknya, Ting Poh Ing bersama anaknya.

Selain itu, mulut mangsa turut dilaporkan ditutup dengan menggunaka­n kain tuala.

Kakak mangsa tersentak dengan kejadian itu terus ke Balai Polis Lanang membuat laporan polis.

 ??  ?? STANLEY
STANLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia