Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang dan pembonceng motosikal paling ramai terkorban dalam kemalangan

-

KUCHING: Pengguna motosikal sama ada penunggang atau pembonceng didapati paling ramai terkorban akibat kemalangan jalan raya, sepanjang tempoh 15 hari Ops Selamat Ke-13 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Kontinjen Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, ia membabitka­n seramai tiga orang atau 30 peratus daripada jumlah keseluruha­n seramai 10 orang yang direkodkan terkorban dalam tempoh Ops Selamat Ke-13 yang bermula 8 hingga 22 Jun lalu.

Ini diikuti pengguna kereta (pemandu dan penumpang) iaitu seramai tiga orang juga atau 30 peratus terkorban, dua pejalan kaki atau 20 peratus, pengguna kenderaan pacuan empat roda (4WD) adalah seoorang iaitu 10 peratus dan pengguna kenderaan lain adalah seorang iaitu 10 peratus.

“Punca- punca kemalangan maut ini adalah daripada pemandu yang melakukan kesalahan memotong kenderaan lain dalam keadaan yang tidak selamat, keluar simpang tanpa memberi signal atau memandu kenderaan dengan laju tanpa mematuhi had laju yang dibenarkan lalu terbabas,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Namun demikian, Alexson berkata, Ops Selamat Ke- 13 telah menunjukka­n penurunan dari segi jumlah keseluruha­n kemalangan jalan raya iaitu daripada 692 kes pada Ops Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2017 kepada 680 kes pada tahun ini.

Beliau menambah, ini menunjukka­n penurunan sebanyak 12 kes atau -1.7 peratus.

Dari segi jumlah kes kemalangan maut pula, Alexson berkata, sepanjang tempoh Ops Selamat 2018 berbanding Ops Selamat 2017, jumlah kes maut telah menurun tiga kes atau -23.1 peratus iaitu daripada 13 kes maut pada tahun lepas kepada 10 kes pada tahun ini.

Katanya jumlah kematian juga telah menurun sebanyak tiga kes atau -23.1 peratus iaitu 10 kes kematian berbanding tahun lepas yang merekodkan 13 kes kematian.

Sementara itu Alexson berkata, jumlah saman yang dikeluarka­n ke atas pelbagai kesalahan selama 15 hari Ops Selamat 13/2018 adalah sejumlah 12,699 saman.

“Secara keseluruha­nnya, Ops Selamat 13/2018 telah berjalan dengan lancar dan teratur.

“Penglibata­n seramai lebih kurang 850 pegawai dan anggota polis di Kontinjen Sarawak telah berjaya menjamin keselamata­n pengguna jalan raya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia