Utusan Borneo (Sarawak)

Cuba bunuh diri, warga asing dipenjara empat bulan

-

MIRI: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana kesalahan cuba membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan tiga tingkat.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh 19 Mac tahun ini.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Tgen Ket Chung, 30, dari Desa Sengkawang, Kalimantan Barat, Indonesia didakwa mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, jam 7 pagi, pada 17 Mac lalu seorang anggota polis bertugas di Balai Polis Pusat Miri menerima panggilan daripada Hospital Miri.

Pihak hospital menyatakan seorang lelaki warga Indo- nesia ditahan di zon kritikal kerana cedera di kepala dan patah tangan kanan akibat terjun dari sebuah bangunan bersebelah­an hotel di Miri Waterfront di sini.

Hasil siasatan lanjut polis mendapati tertuduh terjun sebanyak dua kali dari bangunan itu dengan niat hendak membunuh diri kerana putus cinta.

Tertuduh juga didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor manakala tertuduh tidak diwakili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia