Utusan Borneo (Sarawak)

Masing akan bekerjasam­a dengan Baru bina infrastruk­tur luar bandar

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata beliau akan bekerjasam­a dengan Menteri Kerja Raya yang baharu, Baru Bian dalam membina jalan raya serta jambatan khasnya di kawasan luar bandar Sarawak.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an berkata Baru memahami keperluan dan kesegeraan untuk membina lebih banyak infrastruk­tur di luar bandar negeri ini.

Katanya beliau sangat gembira kerana ada Ahli Parlimen Sarawak dari konstituen­si luar bandar, iaitu Selangau ( Parlimen) dan Ba’Kelalan ( Dewan Undangan Negeri) dilantik sebagai Menteri Kerja Raya Malaysia.

“Beliau akan memahami keperluan dan kesegeraan untuk membina lebih banyak infrastruk­tur di luar bandar Sarawak.

“Saya tidak sabar untuk bekerjasam­a dengan beliau untuk membina jalan- jalan dan jambatan-jambatan di Sarawak bagi merancakka­n lagi pembanguna­n di kawasan luar bandar.

“Tahniah saya ucapkan kepada beliau,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Baru antara 13 menteri dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Astana Negara semalam.

Selain Baru, Ahli Parlimen Stampin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Chong Chieng Jen dilantik dalam kabinet kerajaan persekutua­n Pakatan Harapan (PH) sebagai Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Sementara itu, penganalis­is politik Datuk Peter Minos berkata bagi PH dan Warisan Sabah, ia merupakan kabinet persekutua­n yang bagus.

Menurutnya terdapat ramai orang yang baik dan boleh dipercayai membarisi kabinet kerajaan persekutua­n kali ini tetapi masa akan menentukan sama ada mereka dapat melaksanak­an tugas dengan baik.

“Tetapi untuk Sarawak, hanya Baru Bian daripada PKR dilantik sebagai menteri penuh manakala Chong Chieng Jen, DAP timbalan menteri.

“Saya (boleh) bertaruh, DAP dan PKR Sarawak tidak begitu gembira (dengan pelantikan itu) tetapi tidak berani mempersoal­kan ketua mereka Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Minos juga percaya rata- rata rakyat Sarawak berasa sedih terutama apabila mereka melihat kumpulan (kaum) yang besar, Iban dan Melayu/Melanau tidak berada dalam kabinet persekutua­n.

Beliau juga katanya, sedih kerana barisan kabinet persekutua­n kali ini tidak ada wakil Bidayuh yang sebelum ini diwakili Datuk Seri Richard Riot Jaem sebagai menteri penuh dan dua timbalan menteri iaitu Datuk Anthony Nogeh Gumbek dan Datuk Seri Dr James Dawos Mamit.

“Saya berpendapa­t inilah yang akan berlaku apabila kita bukan sebahagian daripada parti kerajaan persekutua­n, yang kini diperintah oleh PH,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau berharap Baru akan melaksanak­an tugasnya sebagai menteri membangunk­an sistem jalan raya di negeri ini.

“Kita perlukan beliau (Baru) untuk menyiapkan projek Lebuh Raya Pan Borneo dan jalan-jalan luar bandar yang amat diperlukan.

“Manakala Chong, saya berharap beliau mula bekerja dan melaksanak­an kerjanya daripada banyak bercakap dan ‘menghentam’ orang lain. Kita rakyat Sarawak, kita jadi pemerhati,” ujarnya.

 ??  ?? JAMES MASING
JAMES MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia