Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan Tabung Pendidikan PERYATIM disokong

KM beri RM250,000 kepada yayasan tersebut, menjadikan jumlahnya kini cecah hampir setengah juta

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Penubuhan Tabung Pendidikan Lembaga Kebajikan AnakAnak Yatim Sarawak (PERYATIM) mendapat sokongan penuh daripada Kerajaan Sarawak apabila Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi sebanyak RM250,000 kepada yayasan tersebut.

Ia bagi menambahka­n lagi kewangan sedia ada di dalam Tabung Pendidikan PERYATIM iaitu sebanyak RM240,000 sekali gus menjadikan jumlahnya kini mencecah hampir setengah juta.

“Saya menyokong penuh penubuhan Tabung Pendidikan PERYATIM kerana ini dapat membantu membiayai dari sudut kos pembelajar­an anak-anak di PERYATIM bukan sahaja di peringkat sekolah rendah dan menengah tetapi juga sehingga ke universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis RamahTamah Aidilfitri PERYATIM dan Sambutan 25 Tahun Kompleks Kebajikan Laila Taib di sini, kelmarin yang turut dihadiri isterinya selaku Penaung PERYATIM Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang dan Pengerusi PERYATIM Datu Misnu Taha.

Justeru, Abang Johari menasihati PERYATIM supaya menguruska­n kewangan yang diperolehi menerusi tabung tersebut dengan baik.

“Misalnya duit yang ada ini boleh dilaburkan untuk mendapat pulangan dan ini dapat menampung pembiayaan persekolah­an anak- anak PERYATIM dalam jurusan tertentu,” katanya.

Selain itu, beliau turut memberi jaminan bahawa Kerajaan Sarawak akan meneruskan usaha membantu PERYATIM lebih-lebih lagi dari segi mendapatka­n dana untuk menampung kos operasi pusat penjagaan anak-anak yatim itu.

“Sekarang ini, PERYATIM bukan sahaja ada di Kuching tetapi juga Sibu, Bintulu dan Miri.

“Maka, sudah pasti kos operasi juga bertambah tetapi saya yakin ada caranya untuk kita membantu PERYATIM meraih dana supaya dapat terus mendidik anak-anak yatim kita menjadi rakyat yang berguna,” katanya.

 ??  ?? RASMI: Abang Johari dan Juma’ani memotong kek sebagai simbolik Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri PERYATIM dan Sambutan 25 Tahun Kompleks Kebajikan Laila Taib di Kuching, kelmarin sambil disaksikan tetamu kehormat lain.
RASMI: Abang Johari dan Juma’ani memotong kek sebagai simbolik Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri PERYATIM dan Sambutan 25 Tahun Kompleks Kebajikan Laila Taib di Kuching, kelmarin sambil disaksikan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia