Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah wakil Sarawak dalam kabinet mengecewak­an Tiada perwakilan komuniti Melayu/Islam, Iban/Bidayuh dalam kabinet baharu di bawah pimpinan kerajaan PH

-

KUCHING: Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah kecewa dengan jumlah keanggotaa­n wakil dari Sarawak dalam kabinet persekutua­n.

Lebih mengecewak­an, tiada perwakilan daripada komuniti Melayu/Islam Sarawak termasuk Iban/ Bidayuh dalam kabinet yang baharu di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya kecewa Sarawak diberikan hanya satu jawatan menteri penuh sekali gus menggambar­kan betapa tidak pentingnya Sarawak kepada kepimpinan baharu PH.

“Sarawak adalah penyumbang sumber terbesar kepada pendapatan negara dan dibayar balik dengan hanya seorang menteri kabinet. Ini adalah satu tamparan kepada semua rakyat Sarawak,” katanya.

Karim yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai senarai penuh kabinet pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Saya kecewa Sarawak diberikan hanya satu jawatan menteri penuh sekali gus menggambar­kan betapa tidak pentingnya Sarawak kepada kepimpinan baharu PH.

Tambah Karim, Melayu dan Iban yang mewakili lebih daripada separuh populasi Sarawak tidak diberikan sebarang peng- iktirafan dalam membuat dasar dan pembinaan negara. Ini katanya adalah fenomena yang menyedihka­n. Karim bagaimanap­un mengucapka­n tahniah kepada Baru Bian atas pelantikan sebagai menteri penuh dan Chong Chieng Jen sebagai timbalan menteri.

Katanya kedua- dua mereka (Baru dan Chong) memiliki pengalaman dan berkeboleh­an untuk menjalanka­n tanggungja­wab yang diamanahka­n kepada mereka.

“Saya gembira untuk mereka berdua dan saya doakan kejayaan untuk mereka berdua dalam tugasan baharu mereka ini.

“Saya juga berharap mereka akan memastikan hak-hak Sarawak akan dijaga de- ngan baik dan pembanguna­n Sarawak akan diberikan keutamaan yang setara dengan Semenanjun­g Malaysia,” katanya.

Baru yang merupakan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan Ahli Parlimen Selangau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya.

Manakala Chong yang merupakan Pengerusi PH Sarawak dan pengerusi DAP Sarawak serta Ahli Parlimen Stampin dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia