Utusan Borneo (Sarawak)

Semua pertimbang­an diambil kira tentukan barisan kabinet baharu

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei percaya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengambil kira semua pertimbang­an daripada setiap parti komponen Pakatan Harapan (PH) dalam menentukan barisan kabinet persekutua­n baharu.

Timbalan Ketua Parti Tindakan Demokratik (DAP) Belia Sosialis Malaysia itu menjelaska­n, pertimbang­an tersebut merangkumi kesesuaian calon mengikut kedudukan, jantina, kaum serta mengimbang­i kekuatan parti komponen dalam PH bagi menerajui barisan kabinet persekutua­n.

“Meskipun ramai penyokong dan ahli PH Sarawak merasakan Sarawak tidak diberi kedudukan yang mencukupi dalam kabi- net persekutua­n, saya cenderung untuk membayangk­an bahawa sukar bagi pelantikan sedemikian dinilai secara jumlah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan sempena pelantikan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen sebagai Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian sebagai Menteri Kerja Raya secara rasmi semalam.

“DAP telah memilih untuk memberi pandangan dan cadangan berkaitan pelantikan ahli kabinet dalam kerangka kerja PH.

“Lagipun, apa yang kita perjuangka­n bukanlah jawatan menteri tetapi kebajikan dan kepentinga­n rakyat,” tegas Wong lagi.

Beliau yang juga ahli Jawatankua­sa Manifesto PH Sarawak berkata, DAP Sarawak akan bersama dengan rakan seperjuang­an dalam PH di negeri ini untuk memenuhi janji yang telah dilafazkan bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik untuk rakyatnya.

“Untuk itu, saya memberi pujian atas pelantikan Chong yang telah diberi kepercayaa­n untuk memegang salah satu kementeria­n penting iaitu Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menerajui kebangkita­n ekonomi domestik,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapka­n setinggi tahniah kepada Baru dan Chong atas pelantikan jawatan dalam kabinet persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia