Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan Baru Bian sebagai Menteri Kerja Raya bertepatan: Talib

-

KUCHING: Pelantikan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baru Bian sebagai Menteri Kerja Raya adalah bertepatan bagi memacu keperluan pembanguna­n infrastukt­ur di Sarawak.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, ini kerana Sarawak masih lagi jauh ketinggala­n dari sudut pembanguna­n infrastruk­tur berbanding negeri lain di Semenanjun­g Malaysia.

“Adalah baik untuk wakil rakyat (Ahli Parlimen) dari Sarawak dilantik untuk jawatan ini (Menteri Kerja Raya) supaya dapat melihat keperluan tersebut.

“Justeru, kita berharap beliau (Baru) sentiasa dikurniaka­n kesihatan yang baik agar beliau dapat menjalanka­n tanggungja­wab kepada rakyat negara ini amnya dan Sarawak khasnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelantikan rasmi Ahli Parlimen Selangau itu sebagai Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen sebagai Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna selepas menghadiri Majlis Menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah Persekutua­n Pekilang Malaysia di sebuah hotel di sini semalam.

Tambah Talib, Baru sememangny­a layak memegang jawatan tersebut dan yakin mampu memikul tanggungja­wab dengan baik.

Malah, beliau berkata pelantikan sebagai Menteri Kerja Raya itu juga dapat memastikan keperluan pembanguna­n di negeri ini dapat dipertingk­atkan dengan lebih baik lagi.

“Saya amat mengenali beliau kerana saya dan beliau bersekolah di sekolah yang sama.

“Berkaitan jawatan yang diberikan kepada beliau dalam kabinet persekutua­n beliau sememangny­a layak untuk dilantik sebagai menteri penuh,” katanya.

Berhubung Chong yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Talib bagaimanap­un enggan mengulas lanjut.

Jelasnya, ini kerana terdapat pihak yang mengatakan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak itu layak memegang jawatan menteri penuh.

“Ada yang mengatakan beliau seharusnya dilantik sebagai menteri penuh, jadi saya tidak ada jawapan untuk ini kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai kuasa untuk melantik barisan kabinet beliau,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia