Utusan Borneo (Sarawak)

Landskap politik berubah, pembanguna­n Sarawak berterusan

Ia tidak menghalang Kerajaan Sarawak membawa pembanguna­n khasnya keperluan rakyat di luar bandar

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Perubahan landskap politik di negara ini tidak menghalang Kerajaan Sarawak terus membawa pembanguna­n khususnya keperluan masyarakat luar bandar di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, keperluan rakyat akan dilaksanak­an secara berperingk­at mengikut keperluan semasa.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak akan akan bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n dalam memastikan dasar pembanguna­n dijalankan demi kepentinga­n negara dan masyarakat.

“Sarawak bukan salah satu gabungan yang membentuk kerajaan persekutua­n, sebaliknya akan bekerjasam­a dan terus memperjuan­gkan hakhak Sarawak.

Sarawak bukan salah satu gabungan yang membentuk kerajaan persekutua­n, sebaliknya akan bekerjasam­a dan terus memperjuan­gkan hak-hak Sarawak. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

“Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah gabungan parti tempatan yang lebih memahami keperluan rakyat Sarawak berbanding parti daripada Semenanjun­g,” katanya ketika berucap pada Majlis RamahTamah Aidilfitri Kampung Jalan Punang di Kampung Belipat dekat sini, semalam.

Turut hadir isterinya Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Lawas Husaini Hakim dan Setiausaha Eksekutif PBB Sarawak Datuk Awang Bujang Awang Antek.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua, Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak berkata, GPS lahir bersama rakyat negeri ini sendiri dan kepentinga­n negeri harus dipelihara khususnya rakyat Sarawak yang berbilang kaum.

Beliau juga mahu keharmonia­n rakyat dijaga seperti sebuah keluarga walaupun hidup dalam kepelbagai­aan kaum dan budaya, selain menggesa golongan muda merebut pelbagai peluang yang disediakan kerajaan untuk meningkatk­an ekonomi dan pendidikan sekali gus menepis masalah sosial.

 ??  ?? RAYA BERSAMA: Awang Tengah (enam kiri) dan isteri bersama tetamu lain memotong pulut kuning sebagai simbolik ramah-tamah Aidilfitri di Kampung Jalan Punang semalam.
RAYA BERSAMA: Awang Tengah (enam kiri) dan isteri bersama tetamu lain memotong pulut kuning sebagai simbolik ramah-tamah Aidilfitri di Kampung Jalan Punang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia