Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan harta sebaiknya mematuhi undang-undang syariah

-

LAWAS: Pengurusan­hartaperlu diselengga­ra dan disesuaika­n dengan undang-undang syariah bagi mengelak pertelingk­ahan dalam kalangan ahli keluarga.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, umat Islam di Sarawak perlu meningkatk­an pengetahua­n mengenai ilmu pengurusan harta dalam memanfaatk­an rezeki yang dianugerah­kan Allah untuk meningkatk­an amal ibadah.

Beliau berkata, ilmu yang tidak harus diabaikan ialah ilmu faraid atau ilmu yang berkaitan dengan sistem pembahagia­n harta pusaka.

“Harta pusaka ialah semua peninggala­n si mati atau harta yang dimiliki seseorang semasa hayatnya dan terus memiliki harta itu sehingga kematianny­a kecuali apa-apa yang telah diwasiatka­n dan apa-apa yang telah dihibahkan semasa hayatnya,” katanya ketika merasmikan penangguha­n Seminar Pengurusan Harta Orang Islam di sini, kelmarin.

Turut hadir isterinya Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Awang Suhaili Ledi dan Pegawai Daerah Lawas Husaini Hakim.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua, Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak berkata, pengurusan hartanah penting bagi mengelak termakan harta orang lain atau memperoleh harta dengan cara yang batil (salah).

Jelasnya lagi, Islam amat mengambil berat tentang keadilan malah memerintah­kan penganutny­a agar sentiasa berlaku adil dalam segenap tugasan dan tanggungja­wab yang dilaksanak­an.

“Setiap keputusan pula hanya dikatakan adil jika berpanduka­n hukum Allah sebagaiman­a yang dinyatakan dalam al-Quran dan sunah.

“Hukum faraid ini telah ditetapkan Allah lebih 1,400 tahun lalu namun sentiasa relevan dari semasa ke semasa sehingga ke hari kiamat,” ujarnya.

Kata beliau, jika dirujuk lipatan sejarah, mereka yang kuat dan berkuasa yang berhak mewarisi harta, sedangkan mereka yang lemah seperti wanita, kanak-kanak kecil sering diabaikan daripada harta yang ditinggalk­an sama ada oleh ibu bapa mereka atau saudarasau­dara lelaki mereka.

Bagaimanap­un jelasnya, kedatangan Islam telah mengangkat martabat, darjat dan kedudukan wanita ke tempat yang sewajarnya malah mereka yang lemah juga tidak terkecuali daripada mendapat perlindung­an Islam.

“Pada masa yang sama, untuk memastikan para waris dapat melaksanak­an pembahagia­n harta pusaka dengan adil, mereka hendaklah merujuk permasalah­an ini kepada Mahkamah Syariah.

“Ini kerana hanya Mahkamah Syariah yang berhak mengeluark­an perakuan dan perintah pembahagia­n harta pusaka kepada waris dan Mahkamah Syariah juga yang akan menentukan siapa yang sebenarnya berhak ke atas harta tersebut,”tambah beliau.

Tanggungja­wab waris pula katanya, adalah untuk memastikan apabila berlaku kematian maka mereka wajib melunaskan hak agama seperti membayar zakat, membayar fidyah puasa, nazar dan hutang piutang, badal haji atau umrah si mati.

“Malahan melaksanak­an wasiat jika ada dan membayar segala perbelanja­an pengurusan pengebumia­nnya sebelum harta itu dibahagika­n mengikut faraid,” ujarnya.

 ??  ?? TERIMALAH: Awang Tengah menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Limbang Awang Nazri Awang Saperi, sambil diperhatik­an Henry (kiri), Awang Suhaili dan Hussaini (kanan).
TERIMALAH: Awang Tengah menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Limbang Awang Nazri Awang Saperi, sambil diperhatik­an Henry (kiri), Awang Suhaili dan Hussaini (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia