Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak akan peroleh lebih banyak dana selepas penguatkua­saan OMO 1958

-

KUCHING: Sarawak akan memperoleh lebih banyak dana hasil industri minyak dan gas selepas penguatkua­saan Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) 1958 bermula 1 Julai 2018.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan Datuk Peter Minos berkata dana itu akan digunakan untuk meningkatk­an lagi pembanguna­n utiliti awam, infrastruk­tur, sosial dan ekonomi di bandar serta luar bandar Sarawak.

Ia katanya, bakal menyaksika­n transforma­si sebenar di Sarawak dan yakin ia merupakan suatu yang dimahukan dan ingin dilihat menjadi realiti oleh setiap rakyat.

Beliau turut menyifatka­nnya sebagai keperluan untuk pembebasan dan pemecutan ekonomi.

“Tanggal 1 Julai 2018 tarikh hebat dan penting untuk Sarawak kerana pada hari itu Sarawak menerusi Petros mengambil alih kuasa mengawal selia aktiviti-aktiviti minyak dan gas di bawah OMO 1958 dan Kanun Tanah Negeri (SLC 1957).

“Selepas ini, perjuangan mendapatka­n kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963 ( MA63) akan diteruskan. Kedua- dua perkara ini sangat penting kepada semua rakyat Malaysia khasnya Sarawak,” katanya.

Menurut Minos bermula tahunperta­maselepasM­A63 ditandatan­gani, Sarawak amat memerlukan dana untuk membangunk­an sektor ekonomi tetapi hampir setiap kali apabila permohonan dikemukaka­n, peruntukan sukar diperolehi atas pelbagai sebab.

Akibatnya, tambah beliau Sarawak ketika ini masih jauh ketinggala­n dalam pelbagai aspek dan bidang berbanding negeri lain di Semenanjun­g Malaysia, antara faktor Sarawak terus merungut dan mengeluh.

Lebih menyedihka­n katanya, banyak kampung dan rumah panjang di luar bandar Sarawak masih tidak mempunyai atau kekurangan kemudahan asas seperti air terawat, rumah, elektrik, jalan berturap, sekolah rendah dan klinik yang baik disebabkan kurangnya dana awam.

“Dengan sumber baharu dana daripada minyak dan gas, saya dapat melihat transforma­si sepenuhnya akan berlaku di luar bandar.

“Isu pembanguna­n infrastruk­tur dan ekonomi luar bandar yang keterbelak­ang akan diatasi secara berperingk­at manakala bandar sudah pastinya akan terus membangun dengan pesat,” katanya.

Ahli veteran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata dengan kata lain, Sarawak akan membangunk­an negeri ini dengan lebih cepat dalam semua bidang menggunaka­n dana hasil minyak dan gas.

“Jika dipadankan dengan kuasa diberikan kepada Sarawak di bawah MA63, ini suatu yang sangat baik untuk negeri ini kerana kuasa-kuasa itu diperlukan bagi mempercepa­tkan pembanguna­n dan memenuhi aspirasi rakyat.

“Saya percaya setiap rakyat Sarawak amat mencintai Malaysia dan walaupun banyak perkara telah berlaku, Malaysia amat bermakna buat rakyat Sarawak.

“Menyelesai­kan dua isu iaitu minyak dan gas dan kuasa-kuasa MA63, rakyat Sarawak sudah tentu amat gembira dan berasa bangga menggelar diri mereka rakyat Malaysia,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia