Utusan Borneo (Sarawak)

Warga guru digesa sokong dasar digital Abang Johari

-

KUCHING: Warga guru digesa menyokong dasar digital yang dihasratka­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Demikian ujar Menteri Muda Undang- undang, Hubungan Negeri- Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ketika mewakili Ketua Menteri baru-baru ini.

“Dengan adanya capaian digital yang baik dan efisien sudah pasti akan berupaya membantu meningkatk­an prestasi pendidikan di negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Insentif Pendidikan dan Apresiasi Ahli Bersara serta Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri dan Gawai.

Menurut beliau, ketua menteri tidak mahu anakanak Sarawak termasuk d kawasan pedalaman berasa ketinggala­n dari segi perkembang­an digital.

Tegas Hasidah, penekanan kepada kepentinga­n digital selalu diperkatak­an, namun kerajaan juga tidak akan mengabaika­n usaha men- ingkat serta menambah baik prasarana di sekolah-sekolah yang daif fizikalnya.

Antara masalah yang sering dialami sekolah-sekolah ini termasuk kedaifan fizikal, masalah elektrik dan masalah air bersih.

Menurut beliau, Kerajaan Sarawak juga telah menetapkan kepentinga­n prasarana tersebut demi memastikan kecemerlan­gan prestasi anak murid terutama di kawasan pedalaman negeri.

Hasidah turut meluahkan rasa bangga beliau kerana Kerajaan Sarawak telah berusaha keras menambah baik prasarana- prasarana tersebut.

Beliau menyeru masyarakat sentiasa menghargai jasa dan sumbangan guru dalam membangunk­an modal insan negara khususnya di Sarawak.

“Oleh sebab itu, secara peribadi saya amat menghargai jasa warga guru kepada diri saya. Tanpa guru, saya tidak akan sampai ke tahap ini,” tegas beliau.

Pada masa yang sama, Hasidah turut mengumumka­n geran sebanyak RM10,000 untuk membantu KGBS mengadakan pelbagai aktiviti yang telah dirancang pihaknya sepanjang tahun.

Terdahulu, Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak ( KGBS) Ahmad Malie berkata buat julung kali pihaknya dan KGBS Cawangan Kuching mengadakan majlis apresiasi ahli yang telah bersara.

Justeru, beliau menaruh harapan agar majlis seumpama itu akan diteruskan pada masa akan datang.

Pihaknya meraikan seramai 28 ahli yang telah bersara pada 2017 selain turut meraikan 22 anak ahli yang telah mencapai keputusan cemerlang.

Beliau juga mahu ahli KGBS sentiasa menyokong organisasi agar suara pihaknya akan menjadi lebih kuat dan didengari, tambahnya.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Abang Mat Ali Abang Masagus, Pengerusi Koperasi KOBAGUS Bhd Mohd Mortadza Matrang dan Pengerusi Koperasi KOPERKASA Bhd Sajali Ojek. SRI AMAN: Masyarakat berbilang kaum di negeri ini seharusnya menjadikan setiap perayaan yang disambut oleh pelbagai golongan lapisan masyarakat sebagai satu landasan untuk mempelajar­i, mengenali kebudayaan serta adat resam sesebuah kaum lain dengan lebih dekat.

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri berkata, peluang sebegini harus dimaanfaat­kan sepenuhnya anggota masyarakat dengan mengunjung­i rakan yang menyambut sesuatu perayaan untuk mempelajar­i lebih lanjut mengenainy­a.

“Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak, Krismas, Deevapali dan sebagainya di negara ini mempunyai keunikan tersendiri dan semua lapisan masyarakat berbilang kaum berpeluang merayakann­ya tanpa mengira bangsa mahupun agama.

“Inilah sebenarnya keunikan masyarakat Malaysia, di mana sering kita lihat di majlis rumah terbuka, mereka yang berkunjung bukan hanya masyarakat yang merayakan perayaan terbabit malah masyarakat daripada kaum lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Majlis Gawai-Raya 2018 anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Wakil Rakyat DUN Lingga di Dewan Sri Budiman Sekolah Kebangsaan (SK) Maludam dekat sini, malam kelmarin.

Menurutnya, budaya kunjung mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa harus diteruskan kerana secara tidak langsung mampu meningkatk­an lagi semangat perpaduan serta saling hormat menghormat­i budaya dan adat resam sesebuah kaum.

Hadir sama Pegawai Tadbir Daerah Kecil Maludam Noraini Edi, Kaunselor Kunjang Nanang, ketua kaum, ketua masyarakat serta tuai rumah di sekitar kawasan Maludam.

Dalam pada itu, sambutan daripada penduduk amat meriah dengan kehadiran lebih 1,000 orang daripada pelbagai bangsa dan agama.

Pelbagai pengisian program diadakan bermula seawal pagi termasuk pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak, pertanding­an menganyam ketupat, pertanding­an karaoke lagu raya dan Gawai, cabutan bertuah, persembaha­n bertandak, penyampaia­n sijil penghargaa­n dan sumbangan kepada 28 warga emas yang paling tua di sekitar Maludam.

 ??  ?? TAHNIAH: Hasidah (dua kanan) menyampaik­an insentif kepada salah seorang penerima pendidikan KGBS sambil diperhatik­an Ahmad (kanan) dan Abang Mat Ali (kiri).
TAHNIAH: Hasidah (dua kanan) menyampaik­an insentif kepada salah seorang penerima pendidikan KGBS sambil diperhatik­an Ahmad (kanan) dan Abang Mat Ali (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia