Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat kesihatan awam dirancang dibina di Miri

Dr Teo tampilkan idea bina pusat tempatkan banyak keperluan perubatan, rawatan kesihatan

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Selepas lebih 40 tahun melihat rakyat di sini bergelut dengan pelbagai masalah dan isu berkaitan perkhidmat­an kesihatan, Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo tampil dengan idea membina sebuah pusat kesihatan awam menempatka­n lebih banyak keperluan perubatan dan rawatan kesihatan.

Beliau berkata, usul membina sebuah bangunan Pusat Kesihatan Awam di bandar raya ini sudah difikir semasak- masaknya berdasarka­n permasalah­an berlaku dan aduan banyak diterima berhubung isu dan perkhidmat­an kesihatan serta rawatan kurang memuaskan kerana ketiadaan doktor pakar yang khusus.

Di samping itu, kesesakan akibat populasi bertambah dan berlaku hampir di semua klinik atau poliklinik kerajaan di sini termasuk Hospital Miri merupakan alasan terbaik sebuah pusat kesihatan awam perlu dibina di sini.

“Sudah lebih 40 tahun saya dalam bidang ini (perubatan) dan sepanjang masa itu saya menyaksika­n malah menerima aduan mengenai masalahmas­alah yang timbul dan saya faham dengan keperluan kesihatan dan rawatan untuk rakyat di sini.

“Justeru, idea membina sebuah pusat kesihatan awam bertingkat timbul dan paling penting dapat menempatka­n sebanyak mungkin perkhidmat­an kesihatan di bawah satu bumbung termasuk jabatan kesihatan sendiri,” pada sidang media di sini semalam.

Menurutnya, pusat kesihatan awam baharu setinggi tujuh tingkat dan dianggarka­n bernilai RM70 juta itu bukan sahaja menampung keperluan populasi di bandar raya ini malah di utara Sarawak.

Dr Teo optimis cadangan itu bukan sahaja mengatasi isu kesesakan dihadapi Hospital Miri, Poliklinik Miri dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Jalan Temenggung Datuk Oyong Lawai Jau dan sekitarnya malah menjadi pusat menyediaka­n khidmat kesihatan dan rawatan dengan kemudahan lebih canggih.

“Kita sudah mengenal pasti lokasi sesuai di Tanjung Lobang di sini seluas 8.5 ekar. Pusat kesihatan baharu dicadangka­n itu merupakan sebuah bangunan tujuh tingkat dengan tingkat bawah menempatka­n poliklinik keseluruha­nnya.

“Manakala enam tingkat lagi di atasnya dicadangka­n untik keperluan hospital termasuk jabatan pakar, jabatan kesihatan serta klinik pergigian. Ini bermakna semuanya berada di bawah satu bumbung,” jelasnya.

Beliau menambah, kewujudan pusat kesihatan awam itu menjadi pusat sokongan untuk perkhidmat­an utama disediakan di Hospital Miri.

Sudah lebih 40 tahun saya dalam bidang ini (perubatan) dan sepanjang masa itu saya menyaksika­n malah menerima aduan mengenai masalahmas­alah yang timbul dan saya faham dengan keperluan kesihatan dan rawatan untuk rakyat di sini. Dr Michael Teo Ahli Parlimen Miri

Katanya, wad bersalin di Hospital Miri mungkin boleh dipindahka­n ke pusat baharu itu sekali gus meninggalk­an ruang cukup luas untuk Hospital Miri menampung keperluan lain.

Selain itu, beliau turut membayangk­an bangunan sama dikeliling­i kemudahan parkir kereta sebanyak 500 lot.

“Saya optimis dengan usul ini berikutan maklum balas positif diberikan oleh Kementeria­n Kesihatan dan jika diluluskan ia merupakan projek pertama saya sebagai wakil rakyat di Miri,” katanya.

Hadir sama setiausaha politik beliau Voon Shiak Ni yang juga naib ketua Wanita PKR Kebangsaan dan ahliahliny­a.

 ??  ?? DR MICHAEL TEO
DR MICHAEL TEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia