Utusan Borneo (Sarawak)

12 daripada 32 keputusan sampel positif virus rabies

-

KUCHING: Bilik Gerakan Negeri Sarawak Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak melaporkan bahawa 12 daripada 32 keputusan sampel yang diterima daripada VRI, Ipoh adalah positif virus rabies.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, kes positif terbabit melibatkan anjing liar di Taman Desa Wira, Kota Sentosa, Kampung Paon Gahat, Serian dan Kampung Semaba.

Sementara itu bagi kes positif untuk anjing yang bertuan adalah di Jakar, Sarikei; Kampung Mapu Kijabu, Serian; Tondong, Bau; Taman Kwong Tiong, Batu Kawa; Kampung Bratan, Jalan Min Chung, Batu Kawa; Jalan Pisang Barat dan Country Hill Apartment di sini.

Justeru, JPVS sentiasa mengingatk­an semua pihak supaya mengelak haiwan kesayangan sama ada telah divaksin atau belum daripada bercampur dengan haiwan terbiar dan memerhati perubahan sikap haiwan tersebut daripada jinak kepada ganas.

H a i w a n y a n g menunjukka­n tandatanda tersebut hendaklah dilaporkan kepada JPVS menerusi talian

082- 612949 atau 082611607 dengan segera.

JPVS mengingatk­an bahawa di bawah Seksyen 37( 2) & ( 3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, adalah menjadi kesalahan untuk membiarkan anjing lepas bebas dan membawa anjing keluar dari kawasan wabak rabies tanpa kebenaran bertulis daripada State Veterinary Authority.

Denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya dikenakan jika sabit kesalahan.

Pemilik anjing hendaklah memastikan anjing mereka disuntik vaksin anti-rabies di kawasan wabak.

Kegagalan berbuat demikian boleh disabit kesalahan di bawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

Denda tidak melebihi RM2,500 dan anjing yang ditangkap tanpa bukti pemvaksina­n antirabies boleh ditahan dan dimusnahka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia