Utusan Borneo (Sarawak)

KDN diminta buka semula dua siasatan kontrovers­i

-

MIRI: PKR Cabang Miri meminta Kementeria­n Dalam Negeri ( KDN) membuka semula siasatan terhadap dua kes kontrovers­i iaitu siasatan kes-kes merogol gadis Penan di Hulu Baram dan perbicaraa­n pembunuhan Bill Kayong dua tahun lalu.

Naib Ketua Wanita PKR Pusat Voon Shiak Ni berkata perkara itu merupakan dua daripada tiga perkara utama dibawa ke Parlimen dan diutara kepada KDN yang kini diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Melalui Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo kita membawa perkara ini ke persidanga­n Parlimen pada 17 Julai ini untuk dikemukaka­n kepada KDN,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurut Voon, PKR Miri dan Wanita PKR Negeri mahu kertas siasatan berhubung keskes merogol gadis Penan di Hulu Baram dibuka semula.

Selain itu katanya, PKR Miri juga mahu keputusan dan kes perbicaraa­n terhadap pembunuhan Bill Kayong dilihat semula dan diteliti oleh KDN.

“Perkara ketiga dibawa ke persidanga­n Parlimen untuk perhatian KDN ialah mengenai isu-isu ketiadaan kad pengenalan bagi penduduk asal negeri ini terutama di kawasan pedalaman Baram,” katanya.

Menurutnya, sejak Pusat Khidmat Ahli Parlimen Miri dibuka semula selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu hampir setiap minggu ada kes mengenai ketiadaan dan masalah berhubung permohonan mendapatka­n kad pengenalan dikemukaka­n oleh rakyat di sini kebanyakan­nya dari Hulu Baram.

Voon berkata, pihaknya sudah mengumpul 50 kes ketiadaan kad pengenalan setakat ini dan akan dibawa ke Parlimen nanti.

“Dalam perkembang­an lain, PKR Miri turut menyuaraka­n kemarahan dan bantahan terhadap isu membabitka­n perkahwina­n dengan remaja bawah umur terutama kanakkanak,” jelasnya.

Voon berkata, isu seperti berlaku di Gua Musang, Kelantan di mana seorang lelaki berusia 41 tahun dan sudah mempunyai dua orang isteri dan enam anak namun berkahwin lagi dengan seorang kanak- kanak perempuan berusia 11 tahun bukan sahaja amat memalukan malah menimbulka­n kemarahan rakyat negara ini.

“Pada usia 11 tahun, kanak-kanak perempuan itu sepatutnya masih duduk di bangku sekolah rendah dan dilindungi oleh ibu bapa serta saudaranya dan bukannya untuk dikahwini.

“Lebih menyedihka­n pada usia sementah itu sudah pasti dia tidak dapat berkata ‘tidak’ untuk dirinya lebih- lebih lagi jika keputusan dibuat sendiri oleh ibu bapanya,” jelas Voon.

Sehubungan itu, PKR Miri dan Wanita PKR Negeri berdiri di belakang ketuanya (Ketua Wanita PKR Pusat) Zuraida Kamaruddin yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengutuk dan mengecam sekerasker­asnya tindakan tersebut dan memanggil ibu bapa kanak-kanak perempuan itu untuk disiasat dan dikenakan tindakan.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri Steve Teo dan ahli- ahli PKR yang juga petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia