Utusan Borneo (Sarawak)

Pecah amanah: PKR Baram buat laporan polis

-

MIRI: Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Cawangan Baram semalam membuat laporan polis terhadap sebuah jawatankua­sa penduduk yang disyaki melakukan kesalahan pecah amanah dan menyalahgu­nakan dana daripada akaun persatuan bernilai kira-kira RM1 juta.

Laporan polis dibuat oleh Setiausaha PKR Baram Dennis Along di Balai Polis Pusat Miri di sini sekitar jam 12 tengah hari semalam.

Dalam laporannya, Dennis mendakwa menerima satu dokumen mempunyai kaitan dengan laporan polis dibuat oleh beliau pada 25 Mei lalu di Balai Polis Pusat Miri iaitu laporan terhadap sebuah jawatankua­sa ditubuhkan dengan tujuan menganjurk­an program kemasyarak­atan di Baram, mempromosi­kan perpaduan dalam kalangan masyarakat Baram dan membantu menjalanka­n aktiviti menaik taraf kehidupan masyarakat di Baram.

D a l a m l a p o r a n n y a pada 25 Mei lalu, Dennis mendakwa jawatankua­sa tersebut menerima ratusan ribu ringgit ke dalam akaun bank persatuan sejak Jun 2017 hingga April 2018.

“Wang tersebut juga dikeluarka­n oleh jawatankua­sa terbabit tetapi setahu saya tiada apa- apa program dianjurkan mengikut tujuan atau matlamat penubuhan persatuan tersebut.

“S a y a m e n g e s y a k i jawatankua­sa tersebut melakukan kesalahan pecah amanah atau menyelewen­g wang persatuan atau menggunaka­n akaun bank atas nama persatuan untuk menyalurka­n wang bagi tujuan salah tanpa pengetahua­n penyumbang,” katanya.

Menurut Dennis, laporan polis dibuat semalam adalah susulan kepada laporan pertama bagi meminta pihak berkuasa menyiasat siapakah penyumbang dana dan ke mana wang tersebut disalurkan atau dibelanjak­an dan mendakwa kemungkina­n ada unsurunsur penyalahgu­naan wang awam dan pecah amanah serta mengambil tindakan ke atas mereka terlibat jika didapati bersalah.

Katanya, jawatankua­sa tersebut ditubuhkan apabila Pilihan Raya Umum Ke-14 ( PRU14) lalu hampir tiba dan wang tersebut dipercayai digunakan untuk tujuan kempen dengan kos lebih RM200,000 iaitu melebihi had jumlah dibenarkan undangunda­ng pilihan raya.

Beliau ditemui selepas membuat laporan polis semalam berkata selepas ini, pihaknya akan membuat laporan ke Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) di sini terhadap jawatankua­sa tersebut di mana penasihatn­ya ialah seorang wakil rakyat.

 ??  ?? LAPOR: Dennis (tiga kanan) bersama ahli-ahli PKR Baram membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri semalam.
LAPOR: Dennis (tiga kanan) bersama ahli-ahli PKR Baram membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia