Utusan Borneo (Sarawak)

Tabung Baitulmal Sarawak bergerak ke serata tempat yang pendudukny­a berminat melaksanak­an amalan wakaf

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Kesedaran umat Islam terhadap amalan berwakaf masih di tahap sederhana namun usaha untuk memperluas peranan dan manfaat amalan terbabit tetap diteruskan.

Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak ( TBS) Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, pihaknya bergerak ke serata tempat yang pendudukny­a berminat melaksanak­an wakaf.

“Banyak program berkaitan wakaf telah kita anjurkan seperti pembesaran surau, masjid serta pembelian peralatan dan kita yakin amalan berwakaf akan mendapat sambutan,” katanya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Hari Bersama Pelanggan TBS Miri semalam.

Abang Shibli menarik per-

Banyak program berkaitan wakaf telah kita anjurkan seperti pembesaran surau, masjid serta pembelian peralatan dan kita yakin amalan berwakaf akan

sambutan. ” mendapat Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie Pengurus Besar TBS

hatian bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga telah berminat mengadakan program wakaf di sekolah masing-masing.

“Ini membuktika­n bahawa mereka tidak bergantung kepada bantuan kerajaan sebaliknya mereka mendapat sumbangan secara langsung daripada masyarakat melalui wakaf,” katanya.

Menurutnya taklimat, penerangan dan ceramah dianjur agensi berkaitan menyum- bang kepada kesedaran umat Islam untuk melaksanak­an wakaf.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, Abang Shibli berkata, ia adalah inisiatif TBS bagi menghargai pelanggan serta agensi yang bekerjasam­a dengan mereka.

Pada masa sama, ia juga untuk mempromosi­kan fasiliti Kompleks Islam Miri yang memiliki kemudahan setanding perkhidmat­an yang ditawarkan perhotelan.

“Kita mempunyai dewan serba guna yang boleh disewakan untuk seminar, bengkel atau majlis keramaian yang selesa dan setaraf dengan kemudahan pihak hotel,” jelasnya.

Sementara itu, kira- kira 1,500 tetamu terdiri daripada pelbagai kaum dan pemimpin masyarakat menghadiri majlis berkenaan yang bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

Majlis dihadiri Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni, Ketua TBS Miri Marini Juraibi serta tetamu kenamaan lain.

 ??  ?? RASMI: Abang Shibli (tiga kiri) dan Lukanisman (lima kanan) bersama tetamu kenamaan lain memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Hari Bersama Pelanggan TBS Miri semalam.
RASMI: Abang Shibli (tiga kiri) dan Lukanisman (lima kanan) bersama tetamu kenamaan lain memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Hari Bersama Pelanggan TBS Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia