Utusan Borneo (Sarawak)

Wakaf memperkuku­h kekuatan ekonomi Islam, kata Marini

-

MIRI: Penyertaan umat Islam dalam ibadat wakaf bukan sahaja dapat membantu golongan kurang bernasib baik tetapi juga memperkuku­h kekuatan ekonomi Islam.

Ketua Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Miri Marini Juraibi berkata, wakaf mendidik umat Islam sebagai satu pelaburan pahala berpanjang­an.

“Kita menggalakk­an amalan wakaf di kalangan umat Islam supaya menderma sebahagian harta mereka untuk tujuan pembanguna­n masyarakat,” jelasnya pada Majlis Jom Berambeh Raya 2018 dan Pelancaran Program Wakaf di Sekolah Agama Rakyat Miri (SARM).

Marini berkata, konsep wakaf dipelbagai dan tidak hanya disempitka­n kepada tanah, tanah perkuburan, rumah ibadat tetapi juga harta lain seperti wang tunai dan saham.

“Sebab itu kita juga melancarka­n Program Wakaf SARM agar ia dapat membantu memajukan sekolah terutama dalam menambah baik kemudahan sekolah,” jelasnya.

Menurutnya, meskipun wakaf tidak diwajibkan terhadap umat Islam, ia merupakan satu ibadat yang amat dituntut dalam Islam iaitu sunat muakkad dan balasannya pahala berterusan.

“Kita amat memuji inisiatif SARM yang menyahut seruan kita agar budaya wakaf ini diperluas terutama kepada generasi muda,” jelasnya.

Sementara itu, majlis pelancaran Wakaf SARM telah disempurna­kan Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Piasau Datuk Sebastian Ting, Pemegang Amanah Lembaga Kebajikan Melayu Miri Penghulu Samad Alif dan Jamalul Alam Saani, Yang Dipertua Jawatankua­sa Ibu Bapa dan Guru Azmee Abdillah dan Guru Besar SARM Fauziah Mokhtar Khan.

Turut diadakan pada majlis itu adalah pertanding­an pakaian segak yang dimenangi Haris Daniel Mohd Edzal manakala pakaian diva kategori murid perempuan dimenangi Irdina Batrisya Mohd Fadzil.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Marini (tiga kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n sempena Majlis Jom Berambeh Raya 2018 dan Pelancaran Program Wakaf di Sekolah Agama Rakyat Miri.
TERIMA KASIH: Marini (tiga kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n sempena Majlis Jom Berambeh Raya 2018 dan Pelancaran Program Wakaf di Sekolah Agama Rakyat Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia