Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta pertanding­an memancing akan terima kemeja-T, satu jig, set mata kail

-

MIRI: Peserta pertanding­an memancing Rapala & Storm Jigging 2018 masing-masing akan menerima sehelai baju-T, satu jig dan satu set mata kail.

Jurucakap pertanding­an, Vincet Lo memberitah­u, peserta menerima barangan berkenaan sebaik sahaja mendaftar dengan bayaran RM100 dan masih terbuka kepada kaki pancing yang berminat.

“Penyertaan untuk pertanding­an anjuran Kelab Pemancing Miri (KPM) ini masih dibuka kepada orang awam yang berumur 18 tahun dan ke atas. Tarikh tutup adalah pada 5 Julai ini,” katanya di sini kelmarin.

Menurut Lo, pertanding­an itu dianjurkan dengan kerjasama Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia Daerah Miri, Jabatan Perikanan Laut Miri dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Kuala Sibuti.

“Ia akan berlangsun­g di Kampung Kuala Sibuti pada Ahad depan, 15 Julai ini bermula seawal jam 7 pagi hingga 3 petang,” katanya.

Tempat pertama berpeluang membawa pulang wang tunai RM2,200 diikuti dengan RM1,500 (tempat kedua), RM1,000 (tempat ketiga), RM600 (tempat keempat) dan RM400 untuk tempat kelima.

Manakala tempat keenam hingga kesepuluh masing- masing akan menerima wang tunai RM100. Hadiah cabutan bertuah menarik turut menanti peserta.

Setiap sepuluh pemenang terbabit turut membawa pulang hadiah tajaan Rapala VMC Asia Pacific Sdn Bhd.

Mereka masih ingin mendaftar menyertai pertanding­an ini boleh menghubung­i Lo di talian 017-8029002.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Sehelai baju-T, satu jig dan satu set mata kail diterima peserta pertanding­an memancing Rapala & Storm Jigging 2018 selepas mendaftar dengan bayaran RM100.
SERTAI KAMI: Sehelai baju-T, satu jig dan satu set mata kail diterima peserta pertanding­an memancing Rapala & Storm Jigging 2018 selepas mendaftar dengan bayaran RM100.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia