Utusan Borneo (Sarawak)

GPPBSM jelaskan isu tambang bas sekolah

-

BINTULU: Semua pengusaha bas sekolah boleh mengenakan bayaran penuh kepada semua ibu bapa yang menggunaka­n perkhidmat­an mereka yang membawa pelajar pergi dan balik sekolah sepanjang Mei dan Jun lalu meskipun cuti sekolah dan cuti perayaan lepas meliputi hampir seluruh Jun, kata Presiden Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) Mohd Rofik Mohd Yusoff.

Justeru beliau meminta kerjasama semua ibu bapa untuk mematuhi peraturan sedia ada demi kebaikan bersama dan ibu bapa juga diingatkan agar membuat bayaran penuh bagi Januari hingga November setiap tahun.

“Manakala untuk bulan Disember, tiada apa- apa bayaran dikenakan,” ujarnya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Berikutan itu beliau berharap penjelasan itu dapat diterima semua pihak yang terlibat.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Tuan Punya Bas Sekolah Bintulu Doris Daha Bujang Ngek berkata, isu yang ditularkan dalam Facebook dan kritikan berkenaan isu tambang bas sekolah semasa cuti panjang pada Jun dilihat tidak menghormat­i pengusaha bas sekolah.

Katanya, ada ibu bapa memperkata­kan hari persekolah­an untuk Jun hanya seminggu namun pada hakikatnya adalah dua minggu ditambah dengan lima hari seminggu lagi (4 Jun hingga 8 Jun) yang diganti pada 27 Januari, 24 Februari, 10 Mac, 28 April dan 12 Mei.

“Subsidi kerajaan yang disebut berkaitan dengan pengusaha yang mempunyai kad subsidi bahan api daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an(KPDNKK) telah tamat tempoh dan pembaharua­nnya tidak pernah diluluskan,” jelasnya.

Beliau berkata, lebih 140 pengendali bas sekolah termasuk beliau sendiri tidak mendapat keistimewa­an tersebut.

Doris berharap ibu bapa memahami situasi yang dialami pengusaha bas sekolah berlesen yang perlu membiayai caj insurans berat dan perlu menjalani pemeriksaa­n PUSPAKOM dua kali setahun tidak mengira masa termasuk cuti sekolah, di samping perlu membayar ansuran pinjaman bagi pemilik kenderaan baharu.

“Saya berharap ibu bapa lebih bertimbang rasa, lebihlebih lagi pengusaha bas sekolah berusaha menghantar dan mengambil anak-anak mereka dengan selamat tanpa silap,” katanya.

Katanya untuk hari persekolah­an gantian, pengendali bas sekolah tidak meminta caj tambahan malah untuk kelas ganti, pengusaha bas sekolah juga menyediaka­n perkhidmat­an.

“Sekiranya isu terbabit semakin hangat kemungkina­n kami mempertimb­ang untuk membuat laporan polis dan berhak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya sambil menambah, ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan perkhidmat­an mereka boleh memikirkan untuk mencari alternatif lain.

 ??  ?? TAHNIAH: Jamilah menyampaik­an hadiah kepada kanakkanak sambil ditemani tetamu kehormat lain.
TAHNIAH: Jamilah menyampaik­an hadiah kepada kanakkanak sambil ditemani tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia