Utusan Borneo (Sarawak)

Kekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat peringkat akar umbi: Jamilah

-

LUNDU: Kekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat terutama di peringkat akar umbi, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri ( DUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu.

Beliau memberitah­u, perpaduan dalam kalangan penduduk di peringkat kampung penting untuk memastikan keharmonia­n hidup masyarakat berbilang kaum dan agama sentiasa terpelihar­a.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik penganjura­n program berkampung agar penglibata­n setiap lapisan masyarakat di akar umbi dapat digalakkan.

“Tahniah kepada penduduk dan pihak penganjur yang telah bersama- sama menjayakan Majlis RamahTamah Malam Lebaran Kampung Sileng Melayu.

“Kerjasama erat seumpama ini amatlah digalakkan agar kita sentiasa bersatu hati dalam setiap perkara.

“Malah, ini juga dapat mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m antara penduduk daripada pelbagai peringkat usia sekali gus dapat mewujudkan suasana hidup yang harmoni dalam kalangan kita,” katanya pada majlis tersebut malam Jumaat lalu.

Justeru Jamilah berkata ,program seumpama itu akan diteruskan di kampung-kam- pung lain di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Tanjong Datu.

Majlis yang dihadiri lebih 250 penduduk kampung yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia itu diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Antaranya pertanding­an pakaian raya terbaik kategori lelaki, wanita dan kanakkanak.

Hadir sama pada majlis itu Pegawai Daerah Lundu Awang Putra Yusri dan ahli PBB Cawangan Tanjong Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia