Utusan Borneo (Sarawak)

Projek hibrid solar: Pengarah urusan dan peguam dilanjutka­n reman

-

PUTRAJAYA: Tempoh reman dua lelaki termasuk seorang pengarah urusan sebuah syarikat yang berpangkal­an di Bintulu dilanjutka­n lima hari untuk membantu siasatan kes penyelewen­gan pemberian kontrak projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Majistret Shah Wira Abdul Halim melanjutka­n tempoh reman pengarah urusan yang berumur 59 tahun dan peguam berusia 30 tahun itu bermula hari ini sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum itu, kedua-dua lelaki lelaki yang berbaju lokap SPRM dan digari tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 (a) Akta SPRM 2009 kerana membuat tuntutan palsu.

Sehingga kini, tiga individu ditahan reman SPRM untuk siasatan kes tersebut.

Pada 26 Jun lalu, keduadua lelaki itu ditahan ketika mereka hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini dan direman enam hari.

Pada 29 Jun, pengarah syarikat tersebut berusia 39 tahun direman lima hari bagi membantu siasatan kes yang sama.

Pada awal Jun, sebuah portal melaporkan kemungkina­n wujud penyelewen­gan dalam pemberian kontrak projek hibrid solar bernilai RM2.5 bilion di Sarawak yang didakwa diberikan melalui penganuger­ahan kontrak secara terus di bawah arahan seorang bekas pemimpin tertinggi negara.

Pemimpin berkenaan turut didakwa mengarahka­n Kementeria­n Pendidikan pada Januari tahun lepas agar melantik sebuah syarikat perniagaan kereta sewa di Bintulu bagi projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Pada 11 Jun, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata Kementeria­n Pendidikan telah memulakan proses siasatan dalaman bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam isu penyelewen­gan pemberian kontrak membekal tenaga solar dan diesel di 369 sekolah di Sarawak.

Terdapat 369 sekolah di negeri itu yang tidak mempunyai bekalan elektrik tetap dan hanya menggunaka­n genset diesel untuk menjana elektrik.

Sebelum 2017, bekalan diesel kepada sekolah adalah daripada beberapa kontraktor yang dibekalk secara kontrak.

Bermula 1 Januari 2017, Jepak Holding Sdn Bhd, yang asalnya satu daripada kontraktor terlibat, telah diberikan kontrak membekalka­n elektrik kepada semua 369 sekolah itu bagi tempoh tiga tahun sehingga 31 Disember 2019 dengan nilai ‘melebihi RM1 bilion’ termasuk Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Selain membekalka­n diesel di sekolah-sekolah pedalaman di Sarawak, syarikat itu juga memasang sistem solar hibrid dan penyelengg­araan generator di 369 sekolah pedalaman selama tiga tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SAMBUNG REMAN: Pengarah urusan bersama peguam syarikat disambung reman selama lima hari mulai semalam sehingga 7 Julai bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan pemberian kontrak projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak membabitka­n kos...
— Gambar Bernama SAMBUNG REMAN: Pengarah urusan bersama peguam syarikat disambung reman selama lima hari mulai semalam sehingga 7 Julai bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan pemberian kontrak projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak membabitka­n kos...
 ?? — Gambar Bernama ?? SAMBUNG BICARA: Noor Idzahril keluar dari Mahkamah Majistret Jawi atas dakwaan mendatangk­an kecederaan kepada seorang murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Sri Sentosa, Nibong Tebal pada 2 Ogos tahun lepas.
— Gambar Bernama SAMBUNG BICARA: Noor Idzahril keluar dari Mahkamah Majistret Jawi atas dakwaan mendatangk­an kecederaan kepada seorang murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Sri Sentosa, Nibong Tebal pada 2 Ogos tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia