Utusan Borneo (Sarawak)

Berdepan 10 pertuduhan lakukan pecah amanah wang kutipan sewa

-

KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif jualan sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini semalam atas 10 pertuduhan melakukan pecah amanah wang kutipan sewa berjumlah RM126,182.40 daripada tujuh buah syarikat, empat tahun lepas.

Di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail, Suhana Japar, 34, didakwa atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah wang kutipan sewa daripada tiga syarikat iaitu Syarikat Cat Eyes Sdn Bhd, Bayasin Enterprise dan Syarikat Sandammari Style Sdn Bhd, berjumlah RM38,172 bagi kegunaanny­a sendiri antara 1 Dis 2014 dan 1 Ogos 2017.

Sementara itu, di hadapan Hakim Azman Ahmad, ibu tiga anak itu menghadapi tujuh lagi pertuduhan sama melibatkan empat syarikat iaitu Syarikat Global Business Inovation Sdn Bhd, Syarikat La Ra’Ib Enterprise, Syarikat Sindhu Worldwide Sdn Bhd dan Syarikat Whahid Jhang Sdn Bhd membabitka­n jumlah RM88,010.40 antara 6 Jan 2015 dan 15 Julai 2017.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Kenanga Wholesale City, Jalan Gelugor off Jalan Kenanga, di sini mengikut Seksyen 406 Kanun Kesek- saan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Khairiyah Samsudin, Norashikin Ibrahim dan S. Malini Anne mencadangk­an jaminan keseluruha­n berjumlah RM160,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan terhadap tertuduh berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Bagaimanap­un, Suhana yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangka­n kerana khuatir tidak mampu membayar jumlah yang tinggi memandangk­an dia kini tidak bekerja.

“Saya kini tidak lagi bekerja dan hanya mengharapk­an suami yang hanya bekerja sebagai seorang pemandu,” katanya.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin berjumlah RM85,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah, lapor diri di balai polis sebulan sekali dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 2 Ogos untuk sebutan semula kes. — Bernama

Saya kini tidak lagi bekerja dan hanya mengharapk­an suami yang hanya bekerja sebagai seorang pemandu. Suhana Japar Bekas eksekutif jualan

 ?? — Gambar Bernama ?? KE MUKA PENGADILAN: Goh didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh anak saudaranya berusia empat tahun, dipercayai dengan menikam mangsa sebanyak 59 kali.
— Gambar Bernama KE MUKA PENGADILAN: Goh didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh anak saudaranya berusia empat tahun, dipercayai dengan menikam mangsa sebanyak 59 kali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia