Utusan Borneo (Sarawak)

202 gambar tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiya­h dikemukaka­n di mahkamah

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 202 keping gambar berhubung tragedi kebakaran menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang meragut 23 nyawa tahun lalu dikemukaka­n pada perbicaraa­n kes itu di Mahkamah Tinggi, di sini semalam.

Gambar-gambar tersebut dirakamkan Pegawai Bomba Bahagian Penyiasata­n Kebakaran Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Nurul Adha Abdul Majid, 32, dan Jurufoto Cawangan Fotografi D6, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Koperal Mohd Zukri Ismail, 54.

Ia merupakan gambar di lokasi kejadian di pusat tahfiz yang terbakar dan bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang kesemuanya dirakamkan pada hari kejadian, 14 September 2017.

“Pada hari kejadian saya ditugaskan sebagai jurugambar untuk mengambil gambar dari pintu masuk bangunan pusat tahfiz sehingga tingkat atas dan sebanyak 102 keping telah dirakam,” kata Mohd Nurul Adha, saksi pendakwaan keenam, ketika pemeriksaa­n utama Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah pada hari ketiga prosiding kes itu.

Mohd Zukri yang merupakan saksi pendakwaan ketujuh pula ketika pemeriksaa­n utama Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Abdul Aziz memberitah­u dia telah merakam 100 keping gambar proses bedah siasat mayat mangsa terlibat yang bermula dari jam 11 pagi sehingga 7 malam di HKL.

Dua remaja lelaki yang ketika itu berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabka­n kematian 23 penghuni di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqi- yah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, di sini antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 September 2017.

Mereka masing- masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Seksyen 97(1) Akta Kanakkanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak- kanak bawah umur 18 tahun namun mahkamah boleh men- jatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenan­kan Yang di- Pertuan Agong dan mengikut Seksyen 94 akta sama juga mempunyai kuasa untuk memerintah­kan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.15 pagi, 14 September 2017, seramai 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangk­ap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz itu yang terbakar.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia