Utusan Borneo (Sarawak)

Penoreh getah warga emas cedera parah terpijak bom di Selatan Thailand

-

YALA: Seorang warga emas cedera parah apabila terpijak bom buatan sendiri yang ditanam dalam sebuah kebun di daerah Krong Pinang, Yala awal pagi semalam.

Ia merupakan kejadian keempat dalam tempoh terdekat membabitka­n penoreh getah cedera akibat terpijak bom ketika sedang bekerja di kebun getah di wilayah selatan Thailand.

“Beliau mengalami kecederaan parah di bahagian kakinya akibat terpijak bom dianggarka­n seberat lima kilogram,” kata Ketua Polis Daerah Krong Pinang Kol Naravi Wae Arong hari ini dan menambah, polis menerima laporan tentang kejadian itu pada 7 pagi (waktu tempatan) semalam.

Mangsa dikenali, Nai Suthin Heawkuntok, 60, dan berasal dari Nakhon Ratchasima, timur laut Thailand tetapi telah lama tinggal di Yala untuk mengusahak­an kebun getahnya.

Pihak polis menurut Naravi, percaya bom itu telah ditanam dan hanya aktif apabila dipijak.

Kejadian terbaharu awal pagi semalam menyusuli kejadian yang hampir sama tiga hari lepas apabila seorang penoreh getah berusia 48 tahun cedera parah selepas terpijak bom ketika menoreh di daerah Muang, Yala.

Pada hari yang sama juga, pihak berkuasa turut menemui bom buatan sendiri di sebuah kebun getah di Mukim Kabang, daerah Yaha, yang kemudianny­a dimusnahka­n tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kematian.

Pada 28 Jun lepas pula, seorang penoreh getah wanita berusia 34 tahun juga cedera parah selepas terpijak bom buatan sendiri ketika menoreh di Kampung Kae, Mukim Tachi di daerah Yaha.

Selatan Thailand merupakan pengeluar getah utama Thailand. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Anggota polis membuat pemeriksaa­n susulan kejadian seorang penoreh getah warga emas cedera parah selepas terpijak bom yang ditanam dalam kebun getah.
— Gambar Bernama PERIKSA: Anggota polis membuat pemeriksaa­n susulan kejadian seorang penoreh getah warga emas cedera parah selepas terpijak bom yang ditanam dalam kebun getah.
 ?? — Gambar Bernama ?? CEDERA: Seorang penoreh getah warga emas berusia 60 tahun cedera parah selepas terpijak bom yang ditanam dalam kebun getah di Krong Pinang dekat Yala, semalam.
— Gambar Bernama CEDERA: Seorang penoreh getah warga emas berusia 60 tahun cedera parah selepas terpijak bom yang ditanam dalam kebun getah di Krong Pinang dekat Yala, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia