Utusan Borneo (Sarawak)

Doktor diperdaya ‘Macau Scam’ kerugian RM30,000

-

KUANTAN: Seorang doktor yang juga pemastauti­n tetap, kerugian RM30,000 selepas terperdaya dengan helah sindiket ‘Macau Scam’, kononnya beliau terbabit dengan kes penipuan dan pengubahan wang haram dalam kejadian di Raub pada 18 Jun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata warga emas berusia 72 tahun itu, sebelumnya menerima panggilan daripada seorang lelaki kononnya daripada Mahkamah Tinggi Alor Star, memaklumka­n mangsa mempunyai hutang cukai RM17,600 bagi syarikat yang didaftarka­n atas namanya.

“Mangsa yang menafikann­ya kemudian diminta membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar dan pada Khamis lepas, mangsa sekali lagi dihubungi seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah pegawai polis.

“Suspek mengatakan mangsa bukan sahaja mempunyai kes hutang, malah turut terlibat dengan kes pengubahan wang haram,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata selepas itu, mangsa diminta menyerahka­n butiran lanjut maklumat akaun bank yang dimiliki bagi tujuan siasatan lanjut.

Katanya, mangsa kemudianny­a membuat semakan terhadap akaun bank miliknya dan mendapati RM30,000 telah dipindahka­n ke akaun pihak ketiga tanpa kebenarann­ya.

Mangsa yang sedar telah tertipu, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia