Utusan Borneo (Sarawak)

Teresa Kok berpengaru­h di Seputeh, peningkata­n majoriti setiap kali PRU

-

KUALA LUMPUR: Individu bernama Teresa Kok Suh Sim yang dilantik sebagai Menteri Industri Utama, tidak perlu diperkenal­kan kepada umum, apatah lagi beliau boleh dikatakan individu paling berpengaru­h di kawasan Parlimen Seputeh.

Namanya cukup sinonim di kawasan itu dengan kejayaan mengekalka­n pengaruhny­a selepas disahkan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Mei lepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Chan Quin Er dengan majoriti besar sebanyak 56,059 undi.

Kok yang dilahirkan pada 31 Mac 1964 mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuen Cheng di sini kemudian ke Sekolah Tinggi Chung Hwa di Seremban, Negeri Sembilan.

Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa daripada Universiti Sains Malaysia (USM) diikuti ijazah sarjana keduanya dalam jurusan sains politik, dan Ijazah Sarjana Falsafah di Universiti Malaya (UM).

Dilahirkan di Kuala Lumpur, beliau mula melibatkan diri dalam arena politik pada tahun 1995 atas tiket DAP dengan bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Barat pada waktu itu namun ditewaskan calon MCA.

Beliau bagaimanap­un bangkit setelah berjaya membuat penampilan pertamanya sebagai Ahli Parlimen pada tahun 1999, dengan kemenangan majoriti sebanyak 5,200 undi di Parlimen Seputeh hingga kini.

Sokongan daripada kaum Cina terus meningkat dan atas kepercayaa­n kepada Kok yang juga merupakan Timbalan Setiausaha Agung DAP, jumlah majoriti kemenangan­nya terus meningkat sebanyak 12,895 undi pada 2004.

Turut mencuri tumpuan pada PRU12 apabila beliau meraih undi majoriti 36,492 menewaskan calon BN – Carol Chew Chee Lin pada tahun 2008 yang juga merupakan satu penanda aras sokongan penuh rakyat buat beliau.

Ia dibuktikan lagi yang mana tiada individu lain berjaya menggugat statusnya di Parlimen P122 itu dengan kejayaan melebarkan rekod undi majoriti 51,552 pada PRU13 lima tahun lepas.

Penggal demi penggal dan terbaru, Kok menambah lagi kutipan undi majoriti besar dengan bertanding atas tiket PKR sekali gus membuktika­n kewibawaan­nya berkhidmat kepada masyarakat di situ sukar dicabar.

Pada persidanga­n Dewan Rakyat, beliau juga antara wakil rakyat yang aktif dan sentiasa bangun membahaska­n dan mencelah isu-isu semasa dan negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Teresa Kok pada sidang akhbar pertama selepas dilantik sebagai menteri kabinet yang baharu di Kementeria­n Industri Utama dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: Teresa Kok pada sidang akhbar pertama selepas dilantik sebagai menteri kabinet yang baharu di Kementeria­n Industri Utama dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia