Utusan Borneo (Sarawak)

Lantikan dibuat selepas mereka angkat sumpah sebagai senator

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiga lagi menteri akan dilantik menjadikan keseluruha­n barisan Kabinetnya kepada 29 orang menteri.

Pelantikan tiga menteri itu hanya boleh dibuat selepas mereka mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, katanya.

“Selagi kita tidak ada acara mengangkat sumpah menjadi senator maka selagi itulah tidak boleh lantik sebagai menteri.

“Kita akan mempunyai 29 orang (menteri), sekarang ada 26 orang, jadi ada tiga orang lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri Persekutua­n di Istana Negara di sini, semalam.

Seramai 13 menteri dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Sebelum ini, 13 orang menteri yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri di bawah pentadbira­n Dr Mahathir pada 21 Mei lepas susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pili-

Kita akan mempunyai 29 orang (menteri), sekarang ada 26 orang, jadi ada

lagi. ” tiga orang Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

han Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas.

Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 akan bersidang mulai 16 Julai ini sehingga 16 Ogos depan.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata beliau akan men- gadakan pertemuan dengan menteri dan timbalan menteri yang mengangkat sumpah semalam bagi memberi penerangan berhubung tanggungja­wab dan peranan yang harus dimainkan mereka.

Dalam pada itu, ditanya tentang pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu bagi menggantik­an Tun Md Raus Sharif, perdana menteri berkata ia akan diumumkan selepas Md Raus menamatkan perkhidmat­an pada hujung bulan ini.

Kerajaan sudah mempunyai calon untuk mengisi jawatan itu, namun ia tidak boleh diumumkan pada masa ini, katanya.

“Dia (Md Raus) bercuti pada masa ini, pada hujung bulan ini dia akan bersara secara pilihan dan selepas itu kita akan umumkan siapa pengganti,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR: Tun Mahathir (kanan) bersama Wan Azizah ketika menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara, dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama HADIR: Tun Mahathir (kanan) bersama Wan Azizah ketika menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara, dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia