Utusan Borneo (Sarawak)

Kemunculan semula VK Liew dalam Kabinet Persekutua­n

-

KOTA KINABALU: Datuk Liew Vui Keong atau lebih terkenal di Sabah sebagai VK Liew membuat kemunculan semula dalam Kabinet Persekutua­n sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Undang- Undang) selepas menang bergaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Mei lepas.

Pada PRU14, Liew berjaya merampas kerusi Parlimen Batu Sapi di bawah tiket Warisan daripada calon Parti Bersatu Sabah, Datuk Linda Tsen Thau Lin dengan majoriti 4,619 undi.

Sebelum ini, Liew, 58, merupakan Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri dalam kerajaan terdahulu ketika di bawah pentadbira­n bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2009 hingga 2013.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) sejak 2006 hingga 2014 itu menjadi Ahli Parlimen Sandakan selepas menang dalam pertanding­an tiga penjuru pada PRU12 atas tiket Barisan Nasional (BN), namun usahanya untuk mempertaha­nkan kerusi itu pada PRU13 gagal setelah tewas kepada calon DAP Stephen Wong Tien Fatt.

Kareer politiknya bertambah buruk pada 2014 apabila tersepit dalam kemelut perebutan jawatan presiden LDP, yang merupakan parti komponen BN ketika itu, apabila Datuk Teo Chee Kang dipilih untuk memimpin parti berkenaan selepas Liew mengambil alih tampuk kepimpinan parti daripada Tan Sri Chong Kah Kiat pada 2006.

Namun, Liew mendapat semangat dan talian hayat baharu dalam karier politiknya dengan meninggalk­an LDP dan memilih untuk bersama Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan dilantik sebagai pengerusi tetap parti yang memimpin kerajaan baharu Sabah itu.

Dilahirkan pada 18 Jan 1960 di Kota Belud, Liew ditauliahk­an sebagai peguam oleh Lincoln’s Inn, London selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti North London pada 1987 dan kembali ke Sabah untuk memulakan kerjayanya sebagai peguam pada 1989 sebelum berkecimpu­ng dalam politik.

Namanya dalam politik mula menjadi sebutan apabila beliau menjadi Ketua LDP Usukan di Kota Belud pada 1994 dan kemudianny­a dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung LDP pada 1999 dan Setiausaha Agung pada tahun 2004 sebelum dipilih menjadi presiden LDP menggantik­an Chong, yang mengumumka­n persaraann­ya daripada politik.

Liew pernah memainkan peranannya dalam kemajuan kewartawan­an di Sabah dengan menjadi penasihat undang-undang kepada Persatuan Wartawan Kota Kinabalu pada 2005 dan juga pernah menyumbang khidmat dari aspek undangunda­ng dalam kemajuan perniagaan dan perdaganga­n serta perfileman dan hiburan di Sabah. — Bernama

 ??  ?? VK LIEW
VK LIEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia