Utusan Borneo (Sarawak)

Tuah Mohd Redzuan kali pertama jadi wakil rakyat, dipilih menteri

-

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk bertanding buat pertama kali dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nyata membawa tuah kepada Ahli Parlimen Alor Gajah Mohd Redzuan Md Yusof apabila beliau dipilih sebagai Menteri Pembanguna­n Usahawan.

Lebih mesra dikenali sebagai ‘Pak Wan’, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejurutera­an di University of Leeds, United Kingdom, sebelum pulang ke tanah air dan berkhidmat selama lapan tahun dengan syarikat antarabang­sa daripada Amerika Syarikat berpangkal­an di Kuala Lumpur.

Anak kelahiran Masjid Tanah itu kemudian menyertai Petronas pada tahun 1999 dalam pengurusan aktiviti pembanguna­n industri minyak dan gas selama tiga tahun seterusnya menjalanka­n perniagaan sendiri.

Ilham untuk membuat penampilan pertama kali dalam arena politik pada PRU14 timbul selepas bimbang dengan situasi yang melanda negara terutama membabitka­n skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Kenalan kepada ramai pemimpin kerajaan terdahulu terutamany­a bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa peka dengan teguran rakyat, jurutera berusia 61 tahun itu kemudian mula menyertai perjuangan Muhyiddin dengan membantu mengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Kerja keras itu juga menyebabka­n beliau diserap ke dalam pergerakan parti sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan Ketua Badan Pimpinan PPBM Melaka.

Pada PRU14 lepas, Mohd Redzuan menewaskan Datuk Wong Nai Chee (BN-MCA) dan Mohammad Nazree Mohammad Aris (PAS) dengan majoriti 6,980 undi dalam pertanding­an tiga penjuru.

Mohd Redzuan memperoleh 29,330 undi, Wong memperoleh 22,350 undi dan Mohammad Nazree memperoleh 6,135 undi. — Bernama

 ??  ?? MOHD REDZUAN
MOHD REDZUAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia