Utusan Borneo (Sarawak)

Kabinet baharu cerminkan demokrasi kaum: Penganalis­is

-

KUALA LUMPUR: Kabinet baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH) melambangk­an integrasi pelbagai kaum, negeri dan pengiktira­fan bagi wanita di negara ini.

Daripada 26 orang menteri dan 23 timbalan menteri, lima menteri adalah daripada masyarakat Cina, masyarakat India ( 3), Kadazandus­un (1), Lun Bawang (1) dan selebihnya ( 16) daripada masyarakat Melayu. Dalam barisan timbalan menteri pula tujuh daripada mereka adalah daripada masyarakat Cina dan satu India.

Selain itu, buat kali pertama kabinet persekutua­n diwakili oleh lima menteri wanita, termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan empat lagi timbalan menteri daripada kaum hawa.

Penganalis­is politik Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata penyertaan daripada pelbagai kaum dan jantina dalam kabinet itu juga mencermink­an semangat demokrasi selain gabungan parti politik yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Berlainan latar belakang kaum dan tahap pendidikan merupakan elemen penting kerana ia memberi asas yang baik dan kukuh untuk menteri dan timbalan menteri menjalanka­n tugas dengan efektif,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Sementara itu, Presiden Majlis Pertubuhan Kebangsaan Wanita Malaysia (NCWO) Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan berkata pelantikan lima menteri dan empat timbalan menteri wanita dalam Kabinet mampu mengangkat martabat wanita sebagai pembuat dasar kerajaan.

“Pelantikan dibuat bukan hanya untuk memenuhi kuota, tetapi mereka (menteri dan timbalan menteri) dipilih berdasarka­n kelayakan dan kebolehan masing-masing.

“NCWO merakamkan tahniah kepada jemaah menteri yang dilantik dan kami sangat bersyukur dengan penyertaan wanita. Setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas kepercayaa­n yang diberikan kepada kaum wanita,” katanya.

Seramai 13 menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri semalam mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara. Sebelum ini pada 21 Mei, 13 lagi Menteri telah mengangkat sumpah jawatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia