Utusan Borneo (Sarawak)

Yeo memilih menjadi sukarelawa­n berbanding bergelar jurutera

-

KUALA LUMPUR: Bermula sebagai seorang sukarelawa­n untuk DAP pada 2012, Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin dilihat meningkatk­an kerjaya politiknya pada usia muda.

Semalam, beliau melonjak satu langkah lagi ke hadapan dalam karier politiknya apabila dilantik menjadi Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklan dan Alam Sekitar.

Yeo, 35, yang juga penolong setiausaha publisiti DAP dan naib pengerusi pemuda Pakatan Harapan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama dari 2013 hingga 2018 selepas menewaskan calon MCA Lim Choon Kin pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ( PRU13) dengan 37,303 undi dan majoriti 30,689 undi.

Dilahirkan pada 26 Mei 1983, beliau mendapat pendidikan sekolah rendah dan menengah di Johor sebelum melanjutka­n pelajaran di Universiti Teknologi Petronas di Perak menerusi biasiswa Petronas serta memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Kimia dengan Kepujian Kelas Pertama.

Beliau kemudianny­a melanjutka­n pengajian ke peringkat Sarjana Falsafah dalam Kejurutera­an Kimia menerusi Biasiswa Gates Cambridge di Universiti Cambridge, United Kingdom dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana dalam Kejurutera­an Kimia dengan Kepujian.

Dengan kelulusan yang dimiliki, Yeo mampu meraih pendapatan lumayan sebagai seorang jurutera, bagaimanap­un beliau memilih untuk berkhidmat kepada rakyat dan melakukan kerja-kerja kemasyarak­atan.

Ketika menjadi ADUN Damansara Utama, beliau menawarkan khidmat tuisyen kepada pelajar berusia 7 hingga 17 tahun daripada keluarga miskin di Damansara Bistari dan Kampung Chempaka, selain menjalanka­n program bank makanan, yang menyediaka­n bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan.

Dalam usaha mendekati golongan muda, Yeo telah menubuhkan program LEAP (Kepimpinan, Pendidikan, Aktivisme dan Politik) bertujuan memberi pendedahan serta didikan kepada golongan muda mengenai proses dan aktiviti politk di Malaysia.

Dalam pada itu, beliau juga mengasaska­n Program Lawatan Anak Muda (LAM) yang membolehka­n peserta program melawat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Selangor serta memberi peluang kepada setiap peserta untuk bersoal jawab dengan anggota parlimen.

Pada PRU14, Yeo sekali lagi bertanding di kerusi parlimen Bakri dan menewaskan calon MCA Koh Chon Chai dengan memperoleh 38,718 undi dan majoriti 30,689 undi.

Menerusi catatan dalam blog miliknya, yeobeeyin. com, beliau berkata akan memastikan misi merealisas­i agenda parlimen dan isu-isu tempatan tercapai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia