Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah terhimpun tidak mudah untuk dijelaskan kerana hasil terhad

-

KUANTAN: Bekas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob semalam, menjelaska­n hutang kerajaan negeri dengan kerajaan persekutua­n yang bernilai RM3 bilion bukan disebabkan ketidakcek­apan mengurus atau akibat berjoli.

Beliau berkata, jumlah hutang itu dihimpunka­n daripada pentadbira­n menteri besar terdahulu dan tidak mudah untuk dijelaskan kerana kerajaan negeri mempunyai hasil yang terhad.

Adnan yang menjawat jawatan menteri besar selama 19 tahun sejak tahun 1999 mengakui ‘ terkilan dan dukacita’ dengan pandangan mereka yang tidak memahami isu hutang negeri kerana jumlah yang besar dibelanjak­an adalah untuk kebajikan rakyat.

“Hutang banyak berpunca daripada air dan (pembinaan) kos rumah rendah yang ditambah apabila ramai tidak membayar hutang rumah berkenaan.

“Panjang paip di Pahang ini ada 14,000 kilometer, kira kita boleh pergi ke London dari Kuantan dan ditambah pula bila kita kena ambil alih 82 rumah pam di kawasan FELDA.

“Harap semua faham kenapa hutang kita jumlahnya tinggi. Ia bukan sebab kita berjoli,” katanya semasa mencelah ucapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad pada persidanga­n pertama bagi penggal pertama DUN Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, semalam.

Adnan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) Pelangai berkata, beliau ‘terpaksa mengguna sidang DUN sebagai platform untuk menjelaska­n isu itu’ kerana beliau

Hutang banyak berpunca daripada air dan (pembinaan) kos rumah rendah yang ditambah apabila ramai tidak membayar hutang rumah berkenaan. Datuk Seri Adnan Yaakob Bekas Menteri Besar Pahang

telah sedaya upaya melakukan tugasnya dengan baik sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau berharap penjelasan itu membolehka­n semua pihak memahami rasional di sebalik jumlahnya dan sedar perkara itu bukan mudah untuk diatasi, mahupun oleh mereka yang pakar dalam ekonomi.

“Kalau bayaran air misalnya daripada RM1 yang dibayar pengguna, 50 sen adalah subsidi kerajaan. Kalau kita naikkan (tarif) sehingga 100 peratus pun tidak jadi apa... nak untung kena naik sehingga 300 peratus.

“Tapi kita tidak fikir tentang soal untung kerana kita lebih mengutamak­an soal rakyat,” katanya.

Beliau seterusnya menambah ‘ agak geram’ apabila diberitahu kos penganjura­n Sukan Malaysia (SUKMA) ke-15 pada tahun 2012 perlu ditanggung kerajaan negeri selain dimaklumka­n hutang RM40 juta akibat banjir oleh bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah.

“Banjir ini bencana alam. Sebab itu hutang kita tinggi. Kita pernah berbincang dengan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bersetuju untuk melupuskan 60 peratus daripada jumlah itu, tapi tak sempat kerana beliau dipecat,” katanya.

Sementara itu, Ishak dalam ucapannya mengucapka­n terima kasih kepada Adnan atas sumbangan dan pandangan yang dilontarka­n beliau sejak mula memasuki sidang DUN Pahang pada tahun 1986.

Katanya, Adnan telah memberikan perkhidmat­an cemerlang dan membawa Pahang ke arah yang lebih baik termasuk dalam isu kebajikan rakyat, memperkasa­kan ekonomi dan pendidikan dalam perkhdimat­annya sebagai menteri besar Pahang paling lama.

“Jasa ini akan terus diingati dan menjadi kenangan dan saya mengharapk­an ADUN Pelangai akan terus memberikan idea yang bernas dan pandangan yang baik untuk kerajaan negeri Pahang,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAMAN: Sultan Mizan bersalaman dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Majlis Istiadat Pembukaan Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Pertama Ke-14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.
— Gambar Bernama BERSALAMAN: Sultan Mizan bersalaman dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Majlis Istiadat Pembukaan Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Pertama Ke-14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PAKAIKAN JUBAH: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memakaikan jubah kepada Ishak pada majlis mengangkat sumpah jawatan pada persidanga­n pertama bagi penggal pertama Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan...
— Gambar Bernama PAKAIKAN JUBAH: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memakaikan jubah kepada Ishak pada majlis mengangkat sumpah jawatan pada persidanga­n pertama bagi penggal pertama Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia