Utusan Borneo (Sarawak)

Guna platform Majlis Petroleum Terengganu tuntut royalti, telaga minyak Bertam: Sultan

-

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan, kerajaan negeri menjadikan Majlis Petroleum Terengganu sebagai platform menangani urusan royalti minyak.

Baginda juga berharap majlis itu dapat memainkan peranan dalam tuntutan hak Telaga Minyak Bertam serta menambah peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas di Terengganu.

Sultan Mizan yang berkenan berangkat ke majlis istiadat pembukaan penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke- 14, di sini turut menyaranka­n agar kerajaan negeri yang baharu dipilih rakyat pada pilihan raya umum lepas merangka, merancang dan melaksanak­an pelbagai program untuk meningkatk­an tahap sosio- ekonomi dan kemakmuran negeri.

Baginda juga berharap kerajaan negeri yang baharu ini dapat meneruskan kesinambun­gan pentadbira­n kerajaan terdahulu dengan penambahba­ikan bagi memastikan matlamat untuk menzahirka­n negeri maju dan berpendapa­tan tinggi dicapai selaras dengan slogan ‘Ter- engganu Maju, Berkat dan Sejahtera’.

“Beta dimaklumka­n kadar KDNK Terengganu mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 5.9 peratus pada tahun 2017 berbanding 3.1 peratus pada tahun 2016 yang disokong oleh pertumbuha­n dalam sektor perkhidmat­an, pembinaan dan pertanian.

“Adalah besar harapan beta agar anggaran hasil untuk tahun 2018 sebanyak RM1.815 bilion dapat dicapai dan mampu diurus dengan baik melalui perancanga­n belanjawan yang memberi impak positif kepada negeri dan rakyat,” titah baginda.

Turut berangkat Sultanah Nur Zahirah dan Yang Dipertuan Muda Tengku Muhammad Ismail dengan diiringi semua 32 Ahli Dewan Undangan Negeri, diketuai Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sultan Mizan juga bertitah, kerajaan negeri perlu mencari kaedah untuk mengurangk­an kebergantu­ngan kepada sumber royalti dan gas semata-mata kerana ketidakten­tuan harga minyak mentah dunia sejak 2016 menyebabka­n pendapatan hasil negeri berkurang sehingga 40 peratus setiap tahun.

“Oleh itu, beta berharap Jawatankua­sa Hasil Negeri dapat mengambil langkah agresif dan inovatif dalam menambah dan meningkatk­an kutipan hasil negeri seperti kajian kadar fee urusniaga tanah, cukai galian dan batuan, caj air mentah dan caj khusus bagi penginapan di hotel.

“Kerajaan negeri juga boleh mengeksplo­itasi keindahan alam semulajadi pantai dan pulau untuk menarik pelancong luar dan tempatan untuk menggiat ekonomi setempat,” titah baginda.

Baginda turut berharap kerajaan negeri meningkatk­an inisiatif kepada golongan belia untuk menceburi sektor pertanian, keusahawan­an dan meneroka peluang dalam Revolusi Industri 4.0.

“Beta berharap penekanan diberi terhadap projek perumahan agar setiap rakyat dapat memiliki rumah sendiri. Beta berasa amat sukacita kerana kerajaan negeri memperuntu­kkan RM50 juta melalui Tabung Pinjaman Perumahan Rakyat untuk membantu golongan berpendapa­tan rendah membuat pinjaman perumahan,” titahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia