Utusan Borneo (Sarawak)

Pengambila­n lulusan UEC bakal dilaksana di Melaka

-

MELAKA: Pengambila­n lulusan Sijil Peperiksaa­n Bersama (UEC) akan dilaksanak­an sebagai antara syarat perjawatan peringkat negeri Melaka kerana ia adalah sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata, syarat tersebut telah dilaksanak­an dalam PH dan akan diteruskan di peringkat negeri.

“Maknanya UEC diterima dalam syarat perjawatan di peringkat negeri. Kita boleh menerima lulusan sijil UEC kerana ketetapan telah dibuat dalam PH dan kita sebaik mungkin akan melaksanak­annya di peringkat negeri pula,” katanya kepada pem- berita selepas Perhimpuna­n Bulanan Kerajaan Melaka di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Adly berkata kerajaan negeri akan mengadakan perbincang­an dengan pihak berkaitan berhubung dakwaan projek penambakan laut Melaka Gateway tidak mematuhi hasil keputusan dan syorsyor laporan MACRO-EIA yang telah dilaksanak­an pada tahun 1998.

“Bagi saya sebarang bentuk bantahan yang melibatkan pembanguna­n ini, jalan terbaik adalah melalui perbincang­an… jadi kita akan terus berbincang dengan pihakpihak yang terlibat dengan proses penambakan itu.

“Kita harus mengambil kira kepentinga­n rakyat dan saya yakin ada jalan penyelesai­annya,” katanya ketika diminta mengulas isu penduduk Kampung Portugis dan nelayan kawasan itu menggesa agar kerajaan negeri menghentik­an segera projek Melaka Gateway yang didakwa tidak mematuhi peraturan dan spesifikas­i ditetapkan.

Sementara itu Adly berkata, kerajaan negeri memperuntu­kkan kira-kira RM132 juta dalam usaha mengatasi masalah banjir di negeri itu.

Beliau berkata, pihaknya telah mengarahka­n tender sebut harga projek berkenaan dibuka dalam masa terdekat melibatkan daerah Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah yang dijangka bermula pada awal tahun depan. — Bernama SEREMBAN: “Sekiranya benar wujud amalan politik wang pada pemilihan UMNO bukti perlu dikemukaka­n,” kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Negeri Sembilan itu berkata, ini bagi membolehka­n pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

“Tidak usahlah cakap sahaja, jika ada bukti buat laporan,” katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Speaker, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Negeri Sembilan pada Persidanga­n (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14, di Dewan Undangan Negeri, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini yang mendakwa beliau mendapat khabar bahawa dalam pemilihan UMNO kali ini banyak wang telah digunakan.

Pada pemilihan parti yang berlangsun­g Sabtu lepas, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai presiden dengan 99 undi manakala Khairy Jamaluddin memperoleh 61 undi dan Tengku Razaleigh memperoleh 30 undi.

Dalam perkembang­an lain, Mohamad yang juga pengerusi Barisan Nasional ( BN) negeri berkata, pemilihan ADUN BN sebagai ketua pembangkan­g sidang DUN penggal ini sedang dibincangk­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia