Utusan Borneo (Sarawak)

Ada GLC Perak tidak mampu membayar gaji bulan ini: MB

-

IPOH: Kerajaan Perak semalam mendedahka­n ada sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sedang mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga tidak mampu membayar gaji pekerjanya pada penghujung bulan ini.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata, pada masa ini kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) sedang berusaha membantu GLC terbabit menyelesai­kan masalah itu yang akan menjejaska­n lebih 100 tenaga kerja.

“GLC ini sudah tidak mampu membayar gaji akibat sikap boros, kemungkara­n dan sebagainya (di bawah pentadbira­n UMNO dahulu). Selama ini rupa- rupanya mereka bayar gaji pekerja menggunaka­n kemudahan overdraf bank (dan) ini menambahka­n lagi beban kepada pentadbira­n sekarang,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Katanya, situasi GLC tersebut menyebabka­n kerajaan PH dalam dilema kerana jika dikurangka­n perbelanja­an akan melibatkan pemberhent­ian pekerja sekali gus menyebabka­n banyak keluarga kehilangan pendapatan.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, antara punca yang menyumbang kepada masalah kewangan GLC terbabit ialah ketirisan dalam perjanjian.

Beliau turut merujuk kes GLC tersebut sebagai ‘Melayu menjadi bangsat kerana UMNO’ semasa mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial Facebookny­a bahawa ‘Melayu akan terbangsat di negara sendiri jika UMNO hilang kuasa’.

“Jadi saya mahu nyatakan kepada rakan- rakan yang dulu begitu taksub dengan kepimpinan beliau (Najib), ‘Melayu tak bangsat dengan kalahnya UMNO, tetapi Melayu telah jadi bangsat kerana UMNO’,” kata Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PH Perak.

Terdahulu Ahmad Faizal menghadiri majlis meraikan 50 anak yatim daripada Pusat Pendidikan Al-Barakah bersempena Aidilfitri, anjuran Kelab Ipoh Diraja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia