Utusan Borneo (Sarawak)

Pulau Pinang cadang mohon status bandaraya bagi MPSP

-

BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk memohon kepada kerajaan persekutua­n agar menaik taraf Majlis Perbandara­n Seberang Perai ( MPSP) kepada status bandar raya.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sebelum ini kerajaan negeri berhasrat untuk memohon supaya MPSP juga dapat dinaik taraf sebagai bandar raya bersama-sama dengan permohonan bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) (ketika itu dikenali sebagai Majlis Perbandara­n Pulau Pinang (MPPP)).

Namun, berikutan dasar mengehadka­nsatubanda­raya bagi sebuah negeri oleh Kerajaan Persekutua­n, Kerajaan Negeri hanya mengemukak­an permohonan bagi status bandaraya untuk MPPP dan MPPP memperoleh status majlis bandar raya pada tahun 2015.

“Sejak lima, enam tahun dahulu memang ada sekatan ini. Disebabkan sekatan ini, kami cuma pohon bagi MPPP dan akhirnya dapat status MBPP pada tahun 2015. MPSP memang memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk sebuah bandar raya. Sejak tahun 2008 lagi sudah memenuhi syarat ini tetapi memandangk­an ada dasar itu kita tidak melanjutka­n permohonan.

“Memandangk­an ada hasrat untuk melihat sama ada kerajaan persekutua­n yang baharu akan kaji semula sekatan ini, maka pegawai kita akan susuli perkara ini dengan kementeria­n lihat macam mana status terkini berhubung permohonan untuk menaik taraf majlis perbandara­n kepada majlis bandar raya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah dan Penerimaan Jawatan Ahli Majlis di Bangunan MPSP, Bandar Perda di sini semalam.

Seramai 24 orang iaitu 11 orang lantikan baharu dan 13 orang dilantik semula sebagai Ahli Majlis bagi sesi Julai 2018 hingga Disember 2019.

Chow berharap kerajaan persekutua­n dapat mengkaji semula dasar berkenaan dan jika dasar itu boleh digubal semula pihaknya akan menghantar permohonan kepada Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Terpulang kepada kerajaan persekutua­n sama ada nak kaji semula kriteria dasar sebuah bandaraya bagi setiap negeri atau tidak. Kalau mereka benarkan kami akan pohon. Di peringkat MPSP kami sudah lulus dalam majlis penuh untuk pohon kepada kerajaan negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia