Utusan Borneo (Sarawak)

Ketangkasa­n Akinfeev bantu Rusia mara ke peringkat suku akhir pertama di Piala Dunia sejak era Soviet Union, pada 1970

-

MOSCOW, Rusia: Jurulatih Rusia, Stanislas Cherchesov percaya kemenangan mengejut pasukan tuan rumah ke atas calon juara, Sepanyol menerusi penentuan tendangan penalti selepas seri 1-1 sehingga masa tambahan pada perlawanan pusingan kedua Ahad lepas, adalah “hanya permulaan”.

Kapten Rusia, Igor Akinfeev menyelamat­kan dua tendangan penalti ketika Rusia menang 4-3 pada penentuan sepakan penalti di Moscow untuk melangkah ke peringkat suku akhir pertama di Piala Dunia sejak era Soviet Union, pada 1970.

“Saya bukan pemain terbaik perlawanan, pemain terbaik perlawanan adalah pasukan dan penyokong kami,” kata Akinfeev, selepas masingmasi­ng menyempurn­akan tendangan, beliau menepis tendangan Koke dan Iago Aspas untuk membangkit­kan sorakan gemuruh di kalangan 78,011 penonton di Stadium Luzhniki.

Rusia sebelum ini didakwa hanya pelengkap pasukan selepas perlawanan persahabat­an tujuh kali tanpa menang dan berada pada ranking paling bawah dari 32 pasukan yang layak ke Piala Dunia.

C h e r - c h e s o v menjadi orang penting yang mengubah nasib pasukan, dengan kemenangan ke atas Arab Saudi dan Mesir untuk memulakan gelombang harapan di tanahairny­a.

Saya bukan pemain terbaik perlawanan, pemain terbaik perlawanan kami. ” adalah pasukan dan penyokong Igor Akinfeev Kapten Rusia

Sokongan itu semakin kuat dan dengan sedikit tuah, mereka bangkit dari ketinggala­n gol sendiri Sergei Ignashevic­h pada minit ke-12.

Artem Dzyuba mengikat kedudukan untuk Rusia dari s a t u tendan

gan a l t i penbe - berapa minit sebelum rehat selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Sepanyol, Gerard Pique dalam kotak penalti.

Pertahanan Rusia kemu- dian bertahan dengan kental ketika Sepanyol menguasai permainan sebelum Akinfeev beraksi cemerlang untuk membangkit­kan kegembiraa­n penyokong.

Bagaimanap­un, Cherchesov enggan mendabik dada dan bercakap seperti seseorang dengan misi selepas pasukannya menempah pertemuan menentang Croatia, yang juga menang dengan penentuan sepakan penalti ke atas Denmark, di suku akhir.

“Saya percaya ia hanya satu permulaan, jadi saya harus menyimpan emosi saya untuk masa hadapan,” kata Cherchesov, yang ada ketika memberi isyarat kepada penonton untuk meningkatk­an sorakan kepada pemainnya.

“Hari ini, kami menemui tempat dan masa yang tepat dan kami mencapai semaksima yang kami mampu.” “Sekarang ia sudah berakhir dan saya hanya memikirkan t e n t a n g perlawanan seterusnya. Ia adalah sangat mudah, bukan emosi sukar,” tambah beliau.

“Ia bukan bola sepak terbuka untuk kami. Mereka jelas lebih bagus dalam banyak cara, jadi saya tidak percaya kami seharusnya mengambil risiko melakukan serangan dan saya fikir kami memilih taktik yang betul.”

Sepanyol menyertai pasukan gergasi lain seperti Jerman dan Argentina yang tersingkir awal, sekali gus membangkit­kan persoalan tentang keputusan wajar memecat Julen Lopetegui sehari sebelum kejohanan bermula.

Lopetegui dipecat oleh persekutua­n bola sepak Sepanyol dengan pasukan sudah berada di Rusia selepas ber- setuju dengan satu perjanjian menjadi jurulatih Real Madrid pada musim hadapan.

Sepanyol tiba di Rusia dengan rekod 20 perlawanan tanpa kalah sejak Lopetegui mengambil alih pasukan ekoran Euro 2016, dengan juara dunia 2010 itu hanya menang sekali dari empat perlawanan di bawah kendalian Fernando Hierro.

“Saya menerima tanggungja­wab, saya ketua jurulatih. Jika ada orang perlu dipersalah­kan, ia adalah saya,” kata bekas kapten Real Madrid itu.

“Saya tidak menyalahka­n sesiapa. Saya meletakkan reputasi saya di sini kerana ia adalah apa yang diperlukan dalam tugasan saya.”

Pemilihan pemain Hierro adalah berisiko kerana beliau kekurangan pengalaman sebagai jurulatih – hanya satu musim membimbing pasukan divisyen dua, Oviedo – tetapi beliau keberatan untuk bercakap tentang permulaan bermasalah Sepanyol pada kejohanan itu.

“Kita tidak dapat mula me- nuding jari dan menyalahka­n sesiapa pun,” kata beliau.

“Kami perlu bersikap realistik. Semuanya sudah berlaku dan kami perlu mencari penyelesai­an. Ia tidak bermakna untuk menganalis­a sejarah. Kami sudah membuat keputusan.”

Kekalahan juga meraikan berakhirny­a karier antarabang­sa untuk Andres Iniesta, yang dikeluarka­n pada pertengaha­n separuh masa kedua untuk penampilan ke-131 dan terakhir untuk Sepanyol. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? HAMPA: Reaksi Ramos selepas gagal membantu Sepanyol melangkah ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2018.
— Gambar Reuters HAMPA: Reaksi Ramos selepas gagal membantu Sepanyol melangkah ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2018.
 ?? — Gambar Reuters ?? WIRA RUSIA: Akinfeev bertindak tangkas menepis bola rembatan Koke (tidak kelihatan) pada penentuan sepakan penalti di Stadium Luzhniki, Moscow Isnin lepas.
— Gambar Reuters WIRA RUSIA: Akinfeev bertindak tangkas menepis bola rembatan Koke (tidak kelihatan) pada penentuan sepakan penalti di Stadium Luzhniki, Moscow Isnin lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia