Utusan Borneo (Sarawak)

Subasic pastikan Croatia ke suku akhir

-

NIZHNIY NOVGOROD, Rusia: Penjaga gol Danijel Subasic menjadi wira Croatia ketika melangkah ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2018 dengan kemenangan menerusi tendangan penalti ke atas Denmark di sini Ahad lepas.

Pada malam penuh drama, Ivan Rakitic menjaringk­an tendangan penalti kemenangan untuk memastikan Croatia melangkah ke suku akhir menentang Rusia selepas kedua- dua pasukan terikat 1- 1 selepas tamat masa tambahan.

Gol kemenangan pemain tengah kelab Barcelona itu hadir selepas Milan Badelj dan Josip Pivaric melihat tendangan penalti mereka ditepis penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel, yang juga ada menyelamat­kan tendangan penalti Luka Modric dalam masa tambahan.

Tetapi tendangan Christian Eriksen, Lasse Schone dan Nicolai Jorgensen ditepis Subasic untuk mengesahka­n kemenangan 3-2 Croatia dan melangkah ke suku akhir yang pertama sejak Piala Dunia 1998.

Pada awal perlawanan, kedua- dua pasukan menjaringk­an gol seawal minit keempat pada serangan pertama.

Pertama sekali, Mathias Jorgensen membuka jaringan seawal minit kedua selepas Croatia gagal menangani balingan ke dalam dari Jonas Knudsen tetapi sebarang harapan untuk mengekalka­n pendahulua­n gol berakhir dalam 90 saat apabila Croatia mengikat kedudukan apabila hantaran lintang Sime Vrsaljko disempurna­kan Mario Mandzukic.

Dua gol awal itu adalah yang terpantas dari dua pasukan yang pernah djiaringka­n dalam Piala Dunia.

Tetapi 116 minit selepas itu, kedua- dua pasukan gagal menyerlah dan permainan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Dianggap sebagai pertemuan di antara dua pemain dengan jersi nombor 10, Modric dan Eriksen, ia sebaliknya menjadi permainan taktikal dengan kedua-dua pemain bintang itu gagal mempunyai ruang.

Peluang terbaik Croatia untuk memenangi perlawanan ialah pada minit ke-116 apabila Ante Rebic dikasari Mathias Jorgensen dalam kotak penalti tetapi Modric gagal melakukan tendangan kemas dan berjaya diselamatk­an oleh Schmeichel untuk membawa pasukannya ke penentuan sepakan penalti. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? CERIA: Para pemain Croatia meraikan kejayaan mereka melangkah ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Denmark menerusi sepakan penalti.
— Gambar Reuters CERIA: Para pemain Croatia meraikan kejayaan mereka melangkah ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Denmark menerusi sepakan penalti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia