Utusan Borneo (Sarawak)

Media Sepanyol menyalahka­n Lopetegui

-

MADRID, Sepanyol: Media Sepanyol menyalahka­n Julen Lopetegui, bekas jurulatih kebangsaan Sepanyol yang dipecat sehari sebelum bermulanya Piala Dunia selepas Sepanyol tersingkir di pusingan kedua Piala Dunia 2018 Ahad lepas.

Juara dunia 2010 itu tewas kepada pasukan tuan rumah, Rusia, menerusi penentuan sepakan penalti selepas satu perlawanan yang dikuasai Sepanyol tetapi gagal menyempurn­akan beberapa peluang.

“Kekalahan di pusingan kedua adalah satu lagi babak hitam dalam sejarah kami,” kata akhbar sukan harian, Marca.

“Perlawanan... adalah malapetaka. Sepanyol bermain dengan buruk, dan tidak memikirkan­nya sehingga penentuan tendangan penalti di mana pasukan ini kekurangan keazaman untuk menangani cabaran, yang biasanya bergantung kepada tuah tetapi juga keberanian,” kata akhbar.

Marca menyalahka­n Lopetegui, di mana keputusan beliau untuk menerima jawatan sebagai jurulatih Real Madrid, sehari sebelum Piala Dunia bermula yang menyebabka­n pemecatann­ya oleh persekutua­n bola sepak Sepanyol, kerana menjejaska­n kestabilan pasukan.

Akhbar berkata ia adalah “sesuatu yang sangat lurus bendul” untuk memikirkan bahawa pemecatan mengejut Lopetegui tidak memberi kesan kepada pasukan.

Sebuah lagi akhbar sukan Sepanyol, AS, berkata: “Piala Dunia tidak akan merindui kami”, sambil menambah “Sepanyol tidak bermain baik walau dalam satu perlawanan pun.”

Akhbar Sport, yang berpejabat di Barcelona, mengkritik Real Madrid kerana “memusnahka­n peluang Sepanyol” dengan menawarkan jawatan kepada Lopetegui sebelum Piala Dunia.

“Ia satu masalah besar dengan pelantikan Lopetegui,” kata akhbar itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia