Utusan Borneo (Sarawak)

Karier antarabang­sa Iniesta berakhir dengan mengecewak­an

-

MOSCOW, Rusia: Pemain tengah Sepanyol, Andres Iniesta berkata Ahad lepas di mana karier antarabang­sa beliau sudah berakhir dengan mengecewak­an selepas pasukannya tersingkir dari Piala Dunia 2018 oleh pasukan tuan rumah, Rusia, menerusi penentuan sepakan penalti.

“Ia bukan satu cara yang bagus untuk mengucapka­n selamat jalan tetapi bola sepak dan kehidupan seperti itu,” kata Iniesta selepas penampilan ke- 131 dan terakhir untuk Sepanyol.

“Saya pergi dengan satu pengalaman pahit. Kami mensia-siakan peluang kerana kami gagal melakukan langkah seterusnya.”

Jurulatih bidan terjun Sepanyol, Fernando Hierro, meletakkan Iniesta, 34, di bangku simpanan di awal perlawanan menentang Rusia tetapi dimasukkan pada separuh masa kedua.

Perlawanan berkesudah­an seri 1-1 sehingga tamat masa tambahan sebelum Rusia menang 4-3 menerusi sepakan penalti selepas tendangan Iago Aspas diselamatk­an penjaga gol Rusia, Igor Akinfeev.

Sepanyol menyertai Argentina, Portugal dan Jerman sebagai antara pasukan gah bola sepak dunia yang tersingkir awal dari Piala Dunia kali ini tetapi Iniesta berkata beliau percaya masa depan bola sepak Sepanyol adalah cerah.

“Apa yang penting ialah kembali ke arah kejayaan, iaitu sesuatu yang sentiasa sukar dilakukan. Ia sukar dari apa yang anda lihat tetapi ada satu generasi baharu pemain muncul.”

Lapan tahun yang lalu, Iniesta menjaringk­an gol yang membolehka­n Sepanyol memenangi Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah mereka di Afrika Selatan.

Bekas bintang Barcelona itu akan menyertai kelab dari Jepun, Vissel Kobe pada musim hadapan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia