Utusan Borneo (Sarawak)

Dollah puji komitmen pemain Pahang

-

IPOH: Disiplin tinggi ketika bertahan dan melancarka­n serangan merupakan faktor utama yang membantu Pahang menewaskan PKNP FC 2-1 dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA 2018 di Stadium Perak di sini, malam kelmarin.

Pengendali­nya, Dollah Salleh berkata meskipun pasukan tuan rumah melancarka­n serangan bertali arus ke gawang gol Pahang, namun anak buahnya kekal fokus selain berjaya menjaringk­an dua gol.

“Pada awal permainan babak pertama kita nampak selesa dalam penguasaan bola daripada pihak lawan dan kita berjaya mendahului PKNP.

“Masuk separuh masa kedua, kita sekali lagi dapat jaringkan gol namun selepas itu pemain sedikit hilang fokus hingga PKNP berjaya rapatkan kedudukan,” katanya ketika ditemui pada sidang media sejurus perlawanan.

Pada perlawanan berkenaan, Pahang berjaya menjaringk­an dua gol hasil sumbangan Austine Amutu pada minit ke-32 dan Nor Shahrul Idlan Talaha pada minit ke-75.

PKNP FC pula mendapat gol sagu hati pada minit ke-80, hasil sepakan penalti pemain import, Franklin Anzite selepas bola terkena tangan pertahanan Pahang dalam kotak penalti.

Dollah berkata beliau turut memuji aksi yang ditampilka­n para pemain muda PKNP kerana berjaya mengimbang­i corak permainan Pahang.

“PKNP nampak lebih tersusun, teratur dan nampak mereka menyerang cuma terlepas banyak peluang. Bagaimanap­un, saya turut berbangga dengan pemain saya kerana berdisipli­n dalam meraih kemenangan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih PKNP Abu Bakar Fadzim berkata, kegugupan selain terlalu menghormat­i Pahang antara punca kegagalan anak buahnya mencipta sejarah untuk pertama kali layak ke pentas final Piala FA. — Bernama lepas.

Pengalaman beliau itu menjadi rujukan utama dengan beliau kini menjadi jurulatih, di mana perlawanan pusingan kedua menentang Colombia hari ini dengan penentuan tendangan penalti mungkin akan berlaku lagi.

Southgate berada dalam skuad England di Piala Dunia 1998 di bawah kendalian Glenn Hoddle, yang percaya tendangan penalti adalah seperti loteri, sukar untuk dilatih dan kerana itu, tiada bentuk latihan asas.

England tewas kepada Argentina menerusi penentuan sepakan penalti dan terlepas dan setiap kemahiran mengambil masa untuk dipelajari dengan sempurna. Ia tidak pernah satu peluang. Ia adalah tentang dapat melakukann­ya ketika dalam tekanan.”

England sudah berlatih tendangan penalti sejak bulan Mac. Pemain berlatih cara berlari dan juga cara melakukan tendangan. Southgate juga menggunaka­n analisis video dan ujian psiometrik kepada pengambil tendangan penalti yang boleh diyakini.

“Ada ketika apabila anda memberitah­u penjaga gol di mana anda akan melakukan tendangan, jadi ia harus ten- dangan penalti sempurna,” kata Rashford.

Penjaga gol England, Jordan Pickford, sudah menyelamat­kan lima dari 30 tendangan semasa perlawanan, satu rekod yang sama dengan dua lagi penjaga gol England, Jack Butland, dengan rekod empat dari 25 dan Nick Pope, tiga dari 13.

Ia adalah latihan biasa untuk penjaga gol sekarang untuk mengkaji tabiat pemain lawan walaupun jika Pickford hanya mampu melihat apabila pemain Tunisia, Ferjani Sassi mengambil tendangan penalti pada perlawanan pertama England.

‘Pemain yang menjaringk­an gol itu tidak pernah mengambil tendangan penalti sebelum ini. Saya bergelut untuk ke mana hendak bergerak,” kata Pickford. “Saya berjaya menyentuh bola tetapi tidak mampu menepis ia keluar.”

Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois mencadangk­an Pickford, pada ketinggala­n 1.85 meter, mempunyai kekurangan tetapi penjaga gol Colombia, David Ospina, dengan ketinggian 1.83, memiliki kelebihan dalam penentuan tendangan penalti.

England mungkin boleh berasa lega jika melihat rekod Ospina. Dari tendangan penalti dalam perlawanan, Ospina hanya menyelamat tiga dari 38 tendangan dan hanya sekali dalam 15 ten- dangan terakhir. Dalam penentuan tendangan penalti, beliau membantu Colombia menewaskan Peru dalam Copa Amerika dua tahun yang lalu apabila menghadang tendangan Miguel Trauco dengan kakinya.

Bagi England, separuh saingan adalah tentang mental. Bagaimana berat ia akan dipikul ketika ini?

“Kami tidak dapat mengubah sejarah, ia sudah berakhir,” kata Rashford.

“Apa yang boleh kami jangkakan ialah apa yang berada di hadapan kami dan saya tidak fikir kami pernah memikirkan perkara seperti ini dengan England. Ia akan hanya melemahkan semangat anda.

“Kami memahaminy­a tetapi rekod itu tidak berada fikiran kami.”

Rashford berkata beliau bersedia untuk mengangkat tangan, sama seperti Dele Alli, apabila diminta mengambil tendangan penalti.

Harry Kane, yang menyempurn­akan dua tendangan penalti ketika menentang Panama, sememangny­a salah seorang dari lima pengambil tendangan penalti, sementara Jamie Vardy, yang mengambil tendangan penalti untuk kelabnya, Leicester City, salah seorang pilihan di bangku simpanan.

Jordan Henderson Kieran Tripper dan Kyle Walker juga boleh berada senarai Southgate. — AFP

 ??  ?? MURRAY
MURRAY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia