Utusan Borneo (Sarawak)

Dengan rasa kesal, saya menarik diri dari Wimbledon, kata Murray

-

LONDON, England: Andy Murray menarik diri dari kejohanan Grand Slam Wimbledon, sehari sebelum kejohanan bermula selepas juara dua kali itu mengesahka­n beliau tidak cukup cergas untuk bersaing di Kelab Seluruh England Ahad lepas.

Murray hanya kembali beraksi selepas 11 bulan berehat kerana kecederaan pinggul yang memerlukan pembedahan pada bulan Januari.

“Dengan rasa kesal, saya menarik diri dari Wimbledon,” kata Murray dalam satu kenyataan.

“Saya melakukan perkembang­an baik dalam sesi latihan dan perlawanan dalam 10 hari terakhir tetapi selepas perbincang­an panjang lebar dengan pasukan dan dengan berat hati, saya membuat keputusan di mana bermain dalam lima set mungkin terlalu awal untuk proses pemulihan sepenuhnya.”

Murray dijadualka­n menentang Benoit Paire dari Perancis di pusingan pertama hari ini tetapi beliau mengakui pada pagi Ahad di mana ada peluang di mana beliau akan menarik diri jika badan beliau berasa tidak selesa untuk bermain.

Dan beberapa jam kemudian, Murray membuat pengumuman menarik diri, sekali gus menamatkan impian memburu satu lagi kejuaraan Wimbledon yang pernah dimenangin­ya pad 2013 dan 2016.

Pemain berusia 31 tahun dari Scotland itu, di mana kedudukan ranking semasa beliau ialah di 156 dunia, hanya bermain tiga perlawanan sejak kembali beraksi minggu lepas.

Beliau tewas kepada Nick Kyrgios di Queen’s Club dan kemudian menewaskan Stan Wawrinka di Eastbourne pad hari Isnin tetapi tewas kepada Kyle Edmund pada hari Rabu.

Selepas menjalani sesi latihan intensif dalam beberapa hari terakhir, Murray memilih untuk tidak mengambil risiko kecederaan terbaharu dengan satu perhatian kepada musim di permukaan simen dan kejohanan Grand Slam Terbuka Amerika (AS).

Beliau mempunyai jadual untuk bermain di Washington bermula 30 Julai.

“Kami melakukan segalagala yang kami mampu untuk cuba bersedia pada masanya. Saya akan mula berlatih di permukaan simen esok dan meneruskan proses pemulihan untuk musim di permukaan simen di AS,” tambah Murray.

Tempat Murray akan diberikan kepada Jason Jung dari Taiwan, pemain ranking ke-154 dunia, yang hanya menang satu perlawanan dalam jelajah utama pada tahun ini.

Pemain kelahiran AS berusia 29 tahun itu tidak pernah bermain dalam undian utama mana-mana kejohanan Grand Slam.

Keputusan Murray menarik diri dari kejohanan bermakna kedudukan ranking beliau akan terus jatuh sehingga terkeluar dalam senarai 800 pemain teratas dunia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia