Utusan Borneo (Sarawak)

Verstappen unggul di Austria, Vettel kembali rampas pendahulua­n keseluruha­n kategori pemandu

-

SPIELBERG, Austria: Max Verstappen mengambil sepenuh peluang dari masalah yang jarang berlaku dari pasukan Mercedes untuk mencipta kemenangan pertama beliau musim ini dan juga kemenangan pertama Red Bull ‘di tempat sendiri’ pada perlumbaan Grand Prix Austria.

Pemandu dari Belanda itu memperoleh­i kemenangan ehsan selepas dua pemandu Mercedes, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas gagal menamatkan perlumbaan selepas masing-masing mengalami masalah kuasa enjin dan kotak gear ketika kemenangan empat kemenangan berturuttu­rut di Austria berakhir di litar Red Bull Ring di mana suhu litar mencecah 48 darjah Selsius.

“Ia menarik untuk menang untuk pasukan Red Bull di Red Bull Ring,” kata Verstap- pen, yang mendapat sokongan sekitar 20,000 peminatnya.

“Sukar untuk menguruska­n tayar kerana suhu tinggi tetapi kami berjaya bertahan sehingga ke akhir perlumbaan,” kata beliau. “Ia menarik untuk menang di sini dengan begitu ramai penyokong Belanda.”

Dua kereta Mercedes yang gagal menamatkan perlumbaan itu adalah yang pertama buat Mercedes pada Grand Prix Sepanyol 2016, di mana Verstappen juga menang pada penampilan sulung bersama Red Bull selepas Hamilton berlanggar dengan rakan sepasukann­ya ketika itu, Nico Rosberg pada pusingan pertama.

Hamilton tidak gembira sebelum kegagalan menamatkan perlumbaan dengan mengadu bahawa “kita mensia-siakan satu peluang untuk menang,” dengan masa pertukaran tayar.

Ia juga kemenangan keempat buat Verstappen dalam kariernya, menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 1.504 saat di hadapan dua pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen dan Sebastian Vettel, yang kembali merampas pendahulua­n keseluruha­n kategori pemandu dengan hanya kelebihan satu mata.

Romain Grosjean menduduki tempat keempat untuk pasukan Haas, di hadapan rakan sepasukann­ya, Kevin Magnussen dan dua pemandu Force India, Esteban Ocon dan Sergio Perez.

Juara dunia dua kali, Fernando Alonso, menduduki tempat kelapan untuk pasukan McLaren, di hadapan Charles Leclerc dan rakan sepasukann­ya dari Sauber, Marcus Ericsson.

Rakan sepasukan Verstappen, Daniel Ricciardo, terpaksa menarik diri pada hari ulang tahun kelahiran ke-29 beliau.

Vettel mengumpul 146 mata, di hadapan Hamilton dengan 145 mata dan diikuti Raikkonen dengan 101 mata dan Ricciardo 96 mata.

“Saya memberitah­u Max beliau mempunyai perlumbaan yang sangat bagus,” kata Vettel. “Sangat konsisten. Tiada kesilapan. Ia tidak banyak kerosakan bagi saya dan satu hari yang positif.”

Raikkonen berkata: “Saya terpaksa mengurangk­an pecutan pada selekoh pertama kerana kereta terlalu rapat. Selepas itu, kereta berfungsi dengan baik tetapi kami kekurangan pusingan.”

Di awal perlumbaan, Raikkonen melonjak ke kedudukan ketiga di antara dua pemandu Mercedes ketika Bottas bergelut memulakan perlumbaan dan Hamilton mengambil sepenuh kesempatan.

Raikkonen menduduki tempat kedua tetapi terbabas pada selekoh kedua untuk memberikan Bottas peluang merampas kembali kedudukan kedua.

Hamilton menjarakka­n kedudukan sehingga 2.4 saat di hadapan.

Pada pusingan ke-12, Nico Hulkenberg menamatkan perlumbaan lebih awal kerana enjin keretanya berasap dan tiga pusingan kemudian, Bottas juga terpaksa menamatkan perlumbaan kerana masalah kotak gear.

“Kotak gear saya rosak,” kata beliau kepada pasukannya menerusi perhubunga­n radio.

Ini membolehka­n Hamilton berkelebih­an 7.7 saat di hadapan Verstappen apabila Kereta Keselamata­n dimasukkan untuk membolehka­n kereta Bottas dialihkan.

Selepas itu, pasukan Ferrari dan Red Bull membuat keputusan menukar tayar kedua-dua pemandu mereka ketika Hamilton terus berada dalam litar – satu taktik yang ternyata memakan diri.

“Saya tidak mempunyai banyak masa untuk menukar tayar,” kata Hamilton, yang menyedari kemenangan beliau dalam ancaman.

“Ia kesilapan saya, lakukan apa yang anda mampu,” jawab pakar strategi Mercedes, James Vowles.

Hamilton bagaimanap­un masuk menukar tayar selepas pusingan ke-25 dan kembali di kedudukan keempat, di hadapan Hamilton tetapi juara dunia itu tidak gembira.

Di hadapan saingan, Ver- stappen mendahului rakan sepasukann­ya, Ricciardo dengan kelebihan 4.9 saat, dengan Raikkonen di tempat kedua dan Hamilton enam saat di belakang.

“Saya tidak faham. Say tidak dapat memotong pemandu lain. Kami mensia- siakan peluang untuk menang,” kata Hamilton.

Ia jelas sekali isu tayar menjadi faktor penting pada perlumbaan ini. Verstappen tidak mempunyai banyak kelecuran tayar tetapi tayar belakang Hamilton mengalami kelecuran teruk.

Pada pusingan ke-53, Hamilton kembali ke dalam pit untuk menukar tayar tetapi semuanya tidak berubah malah menjadi lebih teruk apabila enjin keretanya hilang kuasa menyebabka­nnya gagal meneruskan perlumbaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia