Utusan Borneo (Sarawak)

Unit Khas Sukan OKU diwujudkan

-

KUCHING: Satu unit khas untuk perkembang­an sukan Orang Kelainan Upaya (OKU) di negeri ini akan diwujudkan di bawah Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata unit khas itu bertanggun­gjawab dalam perkembang­an semua jenis sukan OKU di negeri ini dengan lebih cekap di bawah satu bumbung.

“Kita telah mencapai persefaham­an dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan di mana sukan OKU akan diletakkan di bawah kementeria­n yang diterajui oleh saya.

“Kertas cadangan telah disediakan dan kita bentangkan dalam kabinet untuk menyelaras­kan struktur dan sebagainya termasuk kewangan,” katanya pada sidang media mengenai perkembang­an sukan OKU di sini semalam.

Tambah Fatimah, sebelum ini sukan OKU misalnya Special Olimpics (SO) berdiri atas kaki sendiri begitu juga Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) dan lain-lain sukan OKU.

Jelasnya, sekarang sukansukan itu akan diletakkan di bawah satu kementeria­n iaitu kementeria­n yang ditera- juinya selepas perbincang­an sebelum ini.

“Saya yakin ia akan diluluskan oleh kabinet kerana saya tidak lihat sebarang masalah dalam hal ini termasuk implikasi kewangan dan sebagainya.

“Malah, saya percaya langkah ini akan membantu perkembang­an sukan OKU di Sarawak termasuk penyertaan atlet-atlet OKU dalam sukan-sukan yang lain.

“Lebih penting dari segi keperluan dana dan latihan dapat diuruskan dengan lebih cekap dengan bantuan Jabatan Belia dan Sukan di bawah Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia