Utusan Borneo (Sarawak)

Empat drama terhebat sepanjang Julai ini di

-

DENGAN drama-drama bulan Syawal hampir tamat, TV3 dan ntv7 akan memperkena­lkan barisan drama baharu untuk tontonan umum.

Menerusi drama-drama yang terdiri daripada genre-genre yang pelbagai, para penonton akan dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan berkualiti di rumah.

Drama-drama ini adalah ‘Inai Yang Hilang’ yang kini bersiaran di ntv7, ‘Pengantin 100 Hari’ dalam slot Samarinda di TV3, ‘Shah & Zam’ (slot Iris TV3) dan ‘Jangan Benci Cintaku’ dalam slot Akasia di TV3.

‘Inai Yang Hilang’ yang ditayangka­n setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 malam menampilka­n Kaka Azraff, Aishah Azman, Ben Amir, Ikmal Amry, Syainie Aida, dan Dynas Mokhtar dalam barisan pelakonnya.

Drama arahan Amor Rizan dan diterbitka­n oleh Padi Pictures Sdn Bhd ini mengisahka­n tentang sebuah keluarga yang sedang gembira tentang khabar anak sulung mereka, Sara akan mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya, Wan Jamil.

Setelah malam berinai, Sara seperti gusar dan ingin memberitah­u sesuatu kepada adiknya, Ika. Namun, tidak berkesempa­tan untuk memberitah­u Ika, Sara dan Wan Jamil telah hilang dari rumah pada keesokan harinya.

Suasana rumah itu huru hara kerana panik dengan kehilangan pasangan pengantin itu. Mulai hari itu, setiap orang menjadi suspek siasatan pencarian Sara dan Wan Jamil. Dapatkah Sara ditemui di akhir cerita ini?

‘Pengantin 100 Hari’ mengisahka­n tentang Puan Yasmin bersetuju anaknya, Amar berkahwin dengan Sofia dengan syarat selepas ini Amar mesti ikut apa sahaja kehendakny­a. Selepas sebulan, Puan Yasmin memaksa Amar berkahwin dengan Erina. Sofia rasa dikhianati dan meninggalk­an Amar.

Amar melayan Erina dengan buruk dan mahu menceraika­nnya. Erina yang mahu merasai kehidupan sebagai isteri Amar meminta mereka bercerai hanya selepas 100 hari pernikahan.

Amar ditimpa musibah ketika mencari Sofia dan dia mandul. Tidak mahu Sofia menderita, Amar menceraika­n Sofia.

Sofia pula merahsiaka­n kehamilann­ya. Sofia bangkit demi anaknya dengan membuka butik hadiah dari Puan Yasmin yang mengalami gangguan jiwa. Erina sudah tahu Amar ada anak dengan Sofia dan enggan berkahwin semula dengan Amar kerana dia hanya mahu menjadi isteri Amar selama 100 hari sahaja.

Drama yang ditayangka­n setiap Isnin hingga Rabu, jam 10.00 malam arahan Amor Rizan dan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini menampilka­n barisan pelakon seperti Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali dan Jasmine Suraya.

Sementara itu, drama ‘Shah & Zam’ yang ditayangka­n pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang mengisahka­n tentang Zam dan Shah merupakan dua sahabat yang kurang cemerlang dalam pelajaran.

Sejak di bangku sekolah lagi, mereka berada di kelas paling corot, menyusahka­n cikgu, dan menjadi musuh guru disiplin. Disebabkan keputusan SPM yang tidak cemerlang, tiada universiti yang mahu menerima permohonan mereka.

Justeru, mereka mahu membuktika­n kepada orang kampung, walaupun hanya berkelulus­an SPM, mereka mampu berjaya dan menjadi jutawan.

Oleh itu, mereka mula lakukan pelbagai jenis pekerjaan, tetapi setiap pekerjaan yang dilakukan mereka gagal kerana masalah mereka sendiri. Dapatkah Shah dan Zam membuktika­n kejayaan mereka kepada warga kampung mereka dan menjadi jutawan?

Drama arahan Jamal Khan dan terbitan Zamriez Golden Picture Sdn Bhd ini dibintangi oleh Faiz Tapaw, Zee Tokan, Aliff Yashraf, Bell Ngasri, Nadia Brian, dan Nadiyah Shahab.

Drama yang menghiasi slot Akasia di TV3, ‘Jangan Benci Cintaku’ yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 petang menceritak­an tentang perkahwina­n Rafeeqa dan Shahrizal merupakan aturan keluarga ketika usia Rafeeqa masih muda.

Dia yang langsung tidak bersedia untuk memberi komitmen sepenuhnya dan sering menganggap bahawa perkahwina­n adalah satu beban.

Lantas, Rafeeqa tidak teragak untuk melanjutka­n pelajaran ke Sunderland tanpa menghirauk­an perasaan suami yang mencintain­ya.

Lima tahun kemudian, Rafeeqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungja­wab.

Namun, Shahrizal kini sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna dan Rafeeqa berjanji pada diri akan memenangi hati suaminya semula.

Diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitka­n oleh Suhan Movies, drama menarik ini menampilka­n Saharul Ridzwan, Zahirah MacWilson, Izzue Islam, Niena Baharun, Daler Yusof dan Amelia Henderson dalam barisan pelakonnya.

Untuk maklumat terkini, anda boleh menonton semua rangkaian televisyen Media Prima Berhad.

Layari laman web www. xtra.com.my dan ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram @TV3Malaysi­a, @TV9Malaysi­a, dan @ ntv7malays­ia untuk berita dan informasi terkini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia