Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat 11 ahli keluarga ditemui di rumah Delhi

-

NEW DELHI: Sebuah keluarga seramai 11 orang ditemui mati di rumah mereka di New Delhi telah menjalanka­n “amalan kerohanian dan mistikal”, kata polis kelmarin.

Pihak berkuasa menutup kawasan di bahagian utara ibu negara di mana mayat tujuh wanita dan empat lelaki ditemui pada awal pagi kelmarin.

“Sepuluh daripada 11 ahli keluarga ditemui tergantung ketika kami sampai di rumah tersebut. Mangsa terakhir, seorang wanita berusia 75 tahun, ditemui meninggal dunia di atas lantai,” menurut seorang pegawai polis Delhi.

“Ia masih terlalu awal (untuk mengetahui apa yang telah berlaku). Siasatan sedang dijalankan, dan kami masih belum memutuskan apa-apa.”

Satu kenyataan polis menarik perhatian terhadap kepercayaa­n rohaniah keluarga tersebut.

“Semasa menggeleda­h rumah tersebut, nota tulisan tangan telah ditemui yang merujuk kepada pematuhan terhadap beberapa amalan mistikal, rohaniah yang dinyatakan oleh seluruh keluarga itu,” jelas kenyataan tersebut. “Secara kebetulan, nota ini mempunyai persamaan yang kuat dengan keadaan di mana bahagian mulut, mata dan sebagainya pada mangsa telah diikat dan ditutup dengan pelekat,” tambahnya.

Polis menyatakan bahawa rumah tersebut tidak dirompak atau digeledah, dan detektif menunggu keputusan pemeriksaa­n bedah siasat terhadap mayat.

Mangsa yang meninggal dunia termasuk dua adik beradik- lelaki, isteri mereka, lima kanak-kanak dan seorang wanita berusia 77 tahun.

Mangsa paling muda yang meninggal dunia adalah dua adik-beradik lelaki berusia 15 tahun.

Laporan berita tempatan menyatakan seorang jiran membuat penemuan mengejutka­n itu selepas memeriksa keluarga berkenaan selepas mereka tidak membuka kedai mereka.

Mayat mereka tergantung dari sebatang gril besi di bahagian siling.

Polis sedang menyoal jiran tetangga serta memeriksa rakaman CCTV di kawasan tersebut bagi sebarang petunjuk. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KEMATIAN MISTERI: Anggota polis mengangkat mayat ke dalam van mayat selepas 11 ahli keluarga ditemu mati di dalam rumah mereka di kawasan kejiranan Burari di New Delhi kelmarin.
— Gambar AFP KEMATIAN MISTERI: Anggota polis mengangkat mayat ke dalam van mayat selepas 11 ahli keluarga ditemu mati di dalam rumah mereka di kawasan kejiranan Burari di New Delhi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia