Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran hutan dorong pemindahan mandatori di California

-

SAN FRANCISCO: Pihak berkuasa California mengemukak­an amaran cuaca bendera merah dan arahan pemindahan mandatori selepas satu siri kebakaran hutan yang ditambahka­n lagi dengan angin kuat dan suhu yang tinggi telah memusnahka­n ribuan ekar tanah.

Kebakaran terbaharu, County Fire berlaku di Yolo County pada Sabtu lepas, setakat tengah hari kelmarin telah merebak sehingga 22,000 ekar dengan kosong peratusan bagi penyekatan, kata Cal Fire.

Lebih 100 trak bomba dan 12 helikopter terlibat bagi memadamkan kebakaran itu. Api telah merebak hingga ke Napa County pada tengah hari kelmarin.

Kebakaran lain yang aktif termasuk Kebakaran Pawnee di Lake County, yang membakar 14,150 ekar namun hanya 73 peratus dikawal sehingga awal kelmarin. Kebakaran Waverly di San Joaquin County menyelubun­gi kira- kira 12,300 ekar dan telah 75 peratus dikawal.

Tahun lepas merupakan kebakaran paling teruk di California.

Kebakaran Thomas, di kawasan Santa Barbara pada Disember, mengorbank­an dua orang, memusnahka­n lebih 1,000 bangunan – termasuk beberapa rumah bernilai berjuta-juta dolar – serta membakar kira-kira 259,000 ekar. Ia dilihat sebagai kebakaran ketiga paling teruk sejak 1932. Kebakaran pada Oktober di wilayah wain di lembah Napa dan Sonoma, di utara San Francisco, mengorbank­an kira-kira 40 orang, memusnahka­n kira- kira 245,000 ekar hutan dan semak, serta memusnahka­n lebih 7,000 rumah dan bangunan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERBAHAYA: Anggota bomba bergegas untuk memadamkan api yang mengelilin­gi sebuah kenderaan bomba berhampira­n Clearlake Oaks, California kelmarin.
— Gambar AFP BERBAHAYA: Anggota bomba bergegas untuk memadamkan api yang mengelilin­gi sebuah kenderaan bomba berhampira­n Clearlake Oaks, California kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? MARAK: Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran hutan berhampira­n Clearlake Oaks, California kelmarin.
— Gambar AFP MARAK: Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran hutan berhampira­n Clearlake Oaks, California kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia