Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan keselamata­n Indonesia dalang pembunuhan di Papua sejak 2010: Amnesty Internatio­nal

-

JAKARTA: Pasukan keselamata­n Indonesia adalah dalang di sebalik pembunuhan yang melanggar undang- undang terhadap sekurangku­rangnya 95 orang di Papua sejak 2010, dengan kebanyakan pelaku tidak pernah ditangkap, kata Amnesty Internatio­nal dalam satu laporan berita semalam.

Papua, di bahagian separuh barat pulau New Guinea, menjadi kawasan bagi keganasan berkaitan dengan kemerdekaa­n sejak ditakluki oleh Indonesia pada lewat 1960.

Beberapa aktivis politik dan penunjuk perasaan telah melakukan bantahan secara aman terhadap kerajaan adalah antara mereka yang terkorban dalam keganasan barubaru ini, termasuk penduduk yang terlibat dalam perhimpuna­n bukan politik di wilayah paling timur di Indonesia, menurut kumpulan hak asasi.

Tiada satupun kes yang di bawah siasatan jenayah bebas, menurut Amnesty, yang menyatakan ia telah menghabisk­an masa selama dua tahun untuk menemu bual keluarga mangsa, saksi, organisasi hak asasi, aktivis politik dan kumpulan komuniti yang berpusat di gereja.

“Papua merupakan salah satu lubang gelap di Indonesia bagi hak asasi manusia. Ini adalah sebuah wilayah di mana pasukan keselamata­n telah selama beberapa tahun dibenarkan untuk membunuh wanita, lelaki dan kanak-kanak, dengan tiada prospek yang dipertangg­ungjawabka­n,” dakwa pengarah eksekutif Amnesty Indonesia Usman Hamid dalam satu kenyataan.

“Budaya bebas dari hukuman ini dalam pasukan keselamata­n harus diubah, dan mereka yang bertanggun­gjawab bagi kematian lepas harus bertanggun­gjawab.”

Kerajaan tidak memberi respons dengan segera bagi permintaan untuk komen mengenai laporan itu.

Amnesty menyatakan 39 kematian telah dikaitkan dengan aktiviti politik secara aman termasuk mengibarka­n Bintang Pagi, bendera yang diharamkan di Papua.

Sebanyak 56 pembunuhan lagi melibatkan penggunaan kekerasan oleh tentera atau polis serta tidak berkaitan dengan seruan bagi kemerdekaa­n.

Sebahagian daripada keganasan adalah tertumpu kepada bantahan terhadap sebuah lombong emas dan tembaga yang besar dimiliki oleh firma Freeport McMoRan yang berpusat di Amerika Syarikat – satu tumpuan kerap dalam perebutan tempatan bagi kemerdekaa­n dan saham yang lebih besar bagi sumber mewah di wilayah ini.

Presiden Joko Widodo berjanji akan memperbaik­i keadaan hak asasi manusia di Papua selepas memegang jawatan pada 2014, namun Amnesty menyatakan beliau tidak berupaya untuk mengotakan janjinya.

Ia telah menggesa kerajaan Indonesia agar segera menyiasat dakwaan pembunuhan dan pencabulan hak asasi, termasuk menilai semula taktik yang digunakan oleh pasukan keselamata­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia