Utusan Borneo (Sarawak)

Datuk bandar Filipina arah arak suspek dadah di jalan raya ditembak mati

-

MANILA: Seorang datuk bandar Filipina yang mengarahka­n pengedar dadah disyaki diarak melalui jalan raya di bandarnya telah ditembak mati semalam ketika sedang menghadiri satu upacara mengibarka­n bendera mingguan bagi pegawai kerajaan, kata polis.

Datuk Bandar Antonio Cando Halili disahkan meninggal dunia semasa ketibaan di hospital akibat satu tembakan di bahagian dadanya, berlaku ketika beliau dan kakitangan awam menyanyika­n lagu kebangsaan di Tanauan, sebuah bandar di wilayah Batangas barat daya ibu negara Manila.

“Kami berasa sangat terkejut, kami berasa duka cita,” Timbalan Datuk Bandar Jhoanna Villamor, yang telah berdiri di samping Halili, memberitah­u stesen radio DZBB selepas kejadian tembakan.

Apa yang kelihatan sebagai rakaman video telefon pintar bagi kejadian tembakan telah ditular dalam media sosial, menunjukka­n satu das tembakan kedengaran ketika lagu kebangsaan dimainkan, kemudian jeritan dan keadaan menjadi huru-hara. Video tersebut tidak dapat disahkan dengan segera.

Halili menjadi terkenal kerana memperkena­lkan perarakan “laluan yang memalukan” bagi pengedar dadah melalui bandarnya Tanauan.

Polis menyatakan mereka telah membunuh lebih 4,200 pengedar dadah yang disyaki semasa kejadian tembakmene­mbak dalam perang berdarah terhadap dadah yang dilancarka­n oleh Presiden Rodrigo Duterte pada dua tahun lepas, satu kempen yang dikecam oleh kumpulan hak asasi manusia domestik dan antarabang­sa.

Halili dilucutkan dari kuasa pengawasan­nya terhadap polis tempatan pada Oktober 2017 disebabkan oleh satu penyebaran dadah haram di bandarnya, ketika tuduhan oleh polis nasional bahawa beliau mungkin terlibat. Halili menafikan tuduhan itu.

Dalam temu bual dengan Reuters pada Ogos 2016 – bulan kedua bagi pembantera­san – beliau menyatakan beliau menyokong kempen Duterte namun mempercaya­i ketua kumpulan dadah seharusnya menjadi sasaran utama, jika tidak ribuan orang akan terkorban.

Beliau menyuaraka­n kebimbanga­n dengan cara polis melakukan peperangan terhadap dadah dan kemampuan perisikan mereka, serta bahawa beliau mungkin dituduh bersekongk­ol dengan kumpulan dadah.

“Tiada sesiapa yang selamat – datuk bandar, gabenor, ahli kongres – hanya satu laporan palsu perisikan oleh polis boleh berakhir dengan mana- mana daripada mereka telah dimusnahka­n.”

“Saya mempunyai firasat bahawa mereka (polis) sedang memburu ‘ikan kecil’ bagi menakutkan orang ramai,” kata beliau.

Polis di wilayah Batangas sedang menyiasat kejadian tembakan semalam. Seorang penyiasat memberitah­u sebuah stesen radio bahawa selaras raifal berkuasa tinggi telah digunakan dalam serangan itu. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia